“Dia Mempunyai Teman Lelaki Baru…” – Ameera Khan & FD Idzham Putus Cinta?

Hubungan cinta selebriti media sosial, Ameera Khan dan kekasihnya, FD Idzham dikatakan putus di tengah jalan.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Izham menerusi ruangan Instagram Stories miliknya yang dikongsi pada Sabtu lalu.

Idzham berharap agar selepas ini tidak ada lagi orang yang menghubunginya untuk bertanya hal berkaitan Ameera.

“Tolong, jangan menghubungi saya jika ada hal berkaitan dengan @littlemisskhan lagi,” tulisnya secara ringkas.

Tambah Idzham, dia mendakwa Ameera sudah mempunyai teman pengganti yang baru.

“Dia mempunyai teman lelaki baru, sila hubungi dia,” tulisnya lagi.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya yang disertakan dengan foto Ameer

Menerusi pemerhatian Gempak, Ameera dan Idzham sudah tidak saling mengikuti (following) di IG dan bertindak memadam foto mereka bersama.

Terdahulu, nama Ameera menjadi bualan ramai selepas tidak sengaja mendedahkan dia dan pasangan kini sudah tinggal bersama.

Pada bulan Mei lalu, Ameera dan Idzham baru sahaja menyambut ulang tahun hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, Ameera meluahkan rasa tidak puas hati dengan servis sebuah kedai bunga selepas pesanan yang dibuatnya gagal ditunaikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dia Mempunyai Teman Lelaki Baru…” – Ameera Khan & FD Idzham Putus Cinta?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*