“Isteri Tak Boleh Tengok Makanan Sama” – Idzham Ismail Bakal Timang Anak Ke-2, Tambah Anak Sebab…

Pelakon Idzham Ismail mendedahkan bahawa isterinya yang kini disahkan mengandung anak kedua mengalami alahan dan gejala pembawaan budak ketika di awal kandungan.

Menurut Idzham, 32, ia merupakan satu pengalaman baharu buat kerana isterinya tidak mengalami sebarang gejala pembawaan sewaktu mengandung anak sulung mereka.

“Waktu bulan pertama tu, memang dia tak boleh tengok makanan sama. Kalau dah makan satu jenis makanan tu, kena makan lain pula. Kalau makan mi pun, nak makan mi lagi tak boleh tengok jenama sama.

“Bahkan, setiap hari petang atau malam, saya akan jadi tukang urut dia. Urut untuk buang angin dalam badan. Barulah saya terdetik rasa macam ni rupanya orang kena pembawaan budak. Maklumlah, sewaktu dia mengandung anak sulung, tak ada lalui begini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Idzham lagi, dia bersyukur apabila hasratnya untuk menambah cahaya mata lagi selepas anak sulungnya, Nur Sofea Inara berusia tiga tahun dimakbulkan.

“Sebelum ini, isteri saya kontrak dengan Malaysia Airlines (MAS), jadi sukar untuk mengandung.

“Tapi, alhamdulillah, rezeki dia dah dapat jawatan tetap sekarang. Itu, yang saya ajak dia untuk tambah anak, lagipun, anak sulung kami pun dah besar,” katanya.

Jelasnya, lagi, sejak isterinya berbadan dua, anaknya juga menjadi semakin manja dengan ibunya.

“Sebelum ini, Inara rapat dengan saya, tapi sejak ibu dia ada baby dalam perut, asyik nak melekat dengan ibunya sahaja,” ceritanya.

Terdahulu, Idzham turut berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik rakaman video imbasan ultra bunyi di Instagram ketika isterinya membuat pemeriksaan.

Idzham mendirikan rumah tangga dengan pramugari, Siti Nur Abilah Shamsudin pada 27 Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Nur Sofea Inara pada 24 Mei 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Isteri Tak Boleh Tengok Makanan Sama” – Idzham Ismail Bakal Timang Anak Ke-2, Tambah Anak Sebab…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*