“Yang kiri Toga, yang kanan Togak…” – Shuib Sepahtu

 

Buat yang menonton filem berjudul Mat Kilau pasti cukup kenal dengan semua watak yang terlibat daripada Mat Kilau, Awang, Wahid dan ramai lagi dan dibintangi pula oleh pelakon-pelakon yang hebat.

Sekadar info, filem arahan Syamsul Yusof ini telah mendapat kutipan sebanyak RM 39.2 juta selepas 10 hari ditayangkan di pawagam menjadikan filem ini tidak sekadar mencetuskan fenomena hebat malah viral dengan pelbagai komen positif oleh penonton dan mendapat nilaian terbaik ramai.

280664226_696317448252232_1830841435112750996_n (1)

Dalam pada ramai berkongsikan komen-komen terbaik buat filem tersebut, pelawak dan usahawan popular iaitu Shuib Sepahtu juga mendapat perhatian ramai dengan posting terbaharu dikongsikannya menerusi laman Instagram.

Ini kerana, salah seorang pelakon iaitu Yayan Ruhian dikatakan dia dan Shuib Sepahtu mempunyai iras dan lalu perkongsian pelawak terkenal itu pula mencuit hati warganet apabila ramai rupanya berpandangan yang sama.

Yayan Ruhian menerusi filem Mat Kilau telah membawa watak Toga namun seloroh Shuib Sepahtu ini pula mendapat ribuan tanda suka ramai.

Hantaran foto oleh Shuib Sepahtu diruangan Instagram peribadinya dengan kapsyen, “Yang kiri Toga, yang kanan Togak,” disamping meminta agar semua terus memberikan sokongan kepada filem berjudul Mat Kilau itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“First keluar Toga ni auto ingat Shuib…”

IMG_20220704_095407

“Saya pun…”

Shuib

“Nampak sama…”

IMG_20220704_095434

“Macam kembar”

IMG_20220704_095454

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber :  HCL 

 

Be the first to comment on "“Yang kiri Toga, yang kanan Togak…” – Shuib Sepahtu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*