“Dia Baik Tak Bekeng…” – Baik Macam Abang, Asif Dan Yoe Dedah Perangai Sebenar Syahmi

Keakraban hubungan persahabatan bintang YouTube terkenal Asif Suhaimi, Syahmi Sazli dan Yoe Parey sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Malah kisah tiga sahabat ini yang pernah menjadi tular satu ketika dahulu juga membuatkan netizen terharu dengan nilai keikhlasan persahabatan mereka.

Lebih-lebih lagi Syahmi yang dianggap sebagai seorang abang menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya dengan begitu baik.

Ditanya mengenai perasaan Asif dan Yoe sepanjang bersama Syahmi, ini jawapan mereka.

“Syahmi baik, seronok, dia tak bekeng (garang)” jawab Asif

“Beres, baik, selesa dengan dia,” tutur Yoe.

Asif dan Yoe menjawab sambil menguntumkan senyuman ketika ditemubual Gempak menerusi segmen live #ArtisDudukDiam.

Melihat sahaja reaksi mereka berdua, sudah cukup untuk mengetahui peribadi sebenar Syahmi.

Jika anda ingin melihat gelagat dan lakonan pertama tiga sekawan ini jangan lupa langgan Syif Malam Raya di Astro First (saluran 480).

Selain Syahmi, Asif dan Yoe, SMR turut menampilkan juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, serta pelakon Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia dan Shiela Mambo.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dia Baik Tak Bekeng…” – Baik Macam Abang, Asif Dan Yoe Dedah Perangai Sebenar Syahmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*