Rutin ‘skincare’ Wanita Ini Buatkan Ramai Tercengang, Cuci Muka Dengan Cecair Pencuci Pinggan

 

SESETENGAH individu sama ada wanita mahupun lelaki sanggup memperuntukkan wang yang banyak setiap bulan untuk membeli produk penjagaan kulit wajah.

Malah ada yang sanggup berhabis sehingga ribuan ringgit untuk melakukan rawatan demi mendapatkan kulit wajah yang sihat, cerah dan berseri.

Walau bagaimanapun kulit setiap individu berbeza antara satu sama lain, di mana ada segelintir individu bertuah tidak perlu pun melabur wang yang banyak untuk membeli produk kerana dikurniakan kulit wajah yang tidak bermasalah.

Perkongsian seorang wanita mengenai ‘rutin’ penjagaan wajahnya menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini, cukup membuatkan warga maya tercengang.

Mana tidaknya, dia selamba menuang cecair pencuci pinggan di telapak tangan sebelum menyapu ke kulit wajahnya dan menggosoknya sehingga mengeluarkan buih yang banyak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selepas beberapa saat, wanita itu kemudian membilas wajahnya sambil menunjukkan kulit wajahnya selepas dicuci.

“Semakin putih. Bintik hitam tiada, jerawat pun tiada. Glowing… sabun cuci piring,” demikian katanya dalam video tersebut.

sunlight 1

Video wanita ini mencuci muka menggunakan sabun pencuci pinggan menjadi tular di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan reaksi yang pelbagai memandangkan ‘rutin’ tersebut agak luar biasa dan jarang dilakukan orang lain.

Ramai yang memberi saranan agar wanita tersebut tidak meneruskan tabiat berkenaan kerana dibimbangi akan merosakkan kulit wajah.

“Bahaya makcik. Sabun tu kasar, kulit kita perlu pH rendah sebab kulit muka lembut. Meh saya belanja satu.

“Hindari menggunakan sabun cuci piring (pinggan) sebagai pencuci tangan atau wajah.

“Bukan itu fungsi sabunnya, ibu. Takut kesan masa depan tak bagus buat kulit muka,” demikian antara komen netizen.

Namun ada juga yang melontarkan komen berbaur sarkastik namun lucu.

“Bisa (boleh) menghilangkan minyak dan kerak yang menempel di muka.

komen

Sebahagian komen netizen pada perkongsian video wanita tersebut.

“Pakai ni jimat berbulan-bulan ni… lambat habis,” komen netizen.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga 3.2 juta jumlah tontonan.

Berdasarkan bahasa yang digunakan dan lokasi yang dinyatakan dalam beberapa video lain, wanita tersebut dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Rutin ‘skincare’ Wanita Ini Buatkan Ramai Tercengang, Cuci Muka Dengan Cecair Pencuci Pinggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*