Rafidah Ibrahim kegvguvran kali keduva

Kuala Lumpur: Impian pelakon, Rafidah Ibrahim, 36, atau Fida untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian lagi apabila mengalami keguguran buat kali kedua, Jumaat lalu. 

Berita sedih ini dikongsi Fida menerusi media sosialnya malam tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim)

“Innalillahhiwainnalillah hiroji’un…Jumaat sebelum masuk waktu Maghrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yang berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.

“Petang dari jam 5 petang perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yang terlalu teruk dalam badan terutama dibahagian bawah perut. Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yang tau. Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar,” tulisnya. 

Menurutnya, dia segera memanggil suaminya dan memberitahu ada sesuatu mahu keluar dan suaminya menyuruh membiarkan.

“Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat.  

“Pada waktu itu, perasaan panik ada, nak menangis pun ada tapi bila saya pegang ‘baby’, Subhana-Allah indahnya ciptaan Allah SWT. 

“Perasaan panik dan sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat,” katanya. 

Sementara suaminya menunaikan solat, Rafidah bersiap dan seterusnya terus ke hospital. Dia juga ditahan semalaman di wad bagi tujuan pemantauan. 

Menurutnya, jantina bayi tidak dapat dikenalpasti, namun mereka menamakannya Abdullah (hamba Allah). 

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang, bersebelahan kubur arwah ibu dan bapa Rafidah. 

Rafidah mengalami keguguran buat kali pertama pada November tahun lalu.

Dia dan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, akur bahawa belum sampai lagi rezeki untuk memiliki anak.

“Saya mengalami pendarahan ketika kandungan berusia lebih 10 minggu. Mungkin akibat tekanan kerja dan kurang rehat menyebabkan rahim saya tidak kuat bertahan,” katanya ketika itu.

 

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Rafidah Ibrahim kegvguvran kali keduva"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*