Uqasha Senrose Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibunya

Bertambah-tambah rezeki pelakon Uqasha Senrose selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Kamal Adli pada November tahun lalu.

@kamalxuqashaloveforever Birthday present from Uqasha Senrose to mama ❤️🌹😍 semoga dimurahkan pintu rezeki yg luas untuk Uqasha.. #fyp #fypシ゚viral #fypシ #kamalxuqasha #uqashasenrose #kamaladli ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Baru-baru ini, Uqasha telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibunya, Rosmizai Mohd Noor.

Menerusi TikTok @KamalXUqasha, aktres berumur 29 tahun ini membuat kejutan kepada ibunya ketika sambutan ulang tahun kelahiran adiknya, Raysha Rizrose.

Bukan sahaja kereta Toyota Alphard berwarna putih, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen juga memberi sejambak bunga sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.

Momen itu turut dikongsikan pasangan selebriti Nadiyah Shahab dan Ben Ali serta Aprena Manrose di akaun Instagram (IG).

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji di samping mendoakan agar kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah.. Insya-Allah rezeki tak putus kalau kongsi dengan orang tua kita.

Terus la jadi anak terbaik Uqasha.

Bahagia seorang ibu itu apabila mempunyai anak yang menghargainya.

Uqasha contoh anak terbaik. Semoga Allah memberkati hidupmu.

Terbaik Uqasha untuk seorang ibu. Baik rupa dan jaga akhlak.

 

Sumber : ohbulan

Be the first to comment on "Uqasha Senrose Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*