Syahmi pimpin solat berjemaah Harimau Malaya di tepi padang

Kuala Lumpur: Walau sesibuk mana pun, skuad Harimau Malaya tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim apabila pemain dan pegawai pasukan solat beramai-ramai di tepi padang sebelum memulakan latihan.

Menerusi satu gambar yang dikongsi di Story Instagram Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemain negara dilihat menunaikan solat maghrib di belakang tiang gol secara berjemaah di padang latihan kelab Shabab Al Ahli.

Pemain pertahanan kanan pasukan yang beraksi untuk Selangor FC, Syahmi Safari mengetuai solat maghrib itu dengan menjadi imam diikuti rakan sepasukan sebagai makmum.

Perkongsian gambar itu turut mencuri perhatian peminat di media sosial yang memuji pasukan sambil turut mendoakan kejayaan dalam aksi berikutnya.

“Mesej yang akan memberi impak dan nilai kepada semua manusia, sibuk macam mana sekalipun, jangan tinggalkan kewajipan” tulis cp_harus7 di laman sosial.

Seorang lagi peminat berkata,” Alhamdulillah..kita jaga solat, Allah jaga kita! Tahniah guys,” ujar comrad_stylo.

Ammarsport pula menulis,”Ya Allah, sebaknya aku tengok mereka ini, siang malam berlatih tanpa henti, demi nak menggembirakan kami (penyokong Malaysia), harimau malaya kami tak kisah kalau kalah sekalipun, yang penting korang dah berusaha sampai kami boleh nampak berusaha.

“Jangan jadi macam kejadian lepas, masa lawan UAE, main tak bersungguh-sungguh sampai kalah tapi hari Jumaat ini saya tak kisah kalau kalah atau menang, tapi saya mahu melihat pemain berusaha di atas padang. Bangkit semula, kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama,” katanya.

Selepas tewas 0-4 kepada UAE minggu lalu, skuad negara akan meneruskan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada Jumaat ini sebelum menamatkan saingan bertemu Thailand pada 15 Jun ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber :  HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Syahmi pimpin solat berjemaah Harimau Malaya di tepi padang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*