Dirakam berkali2 cium anak, lelaki buat ramai mahu zuriat – “Bestnya bau baby..”

Apabila dikurniakan cahaya mata pertama, perasaan teruja pasti dirasai sekali gus tidak sabar untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak tercinta.

Mungkin itu perasaan dialami seorang bapa ini yang ‘geram’ dengan berkali-kali mencium anak sulung ketika menunggu giliran bagi melakukan ‘check-up’ bayinya di Klinik Kesihatan Selandar, Melaka baru-baru ini.

Aksi Alim Rahman dirakam dan dikongsi menerusi platform TikTok miliknya sehingga tular dan meraih 35,800 tanda suka serta hampir 700 komen daripada warganet.

@alimrahman7

##esekeli ##LoveMumsSmile

♬ EminemStan – 𝙴𝚖𝚢🌙

Selepas menonton video berdurasi 21 saat itu, ramai yang tumpang gembira dengan menyatakan hasrat tidak sabar untuk memiliki zuriat dan mencium bau wangi bayi yang baru dilahirkan.

Selain itu, ada juga segelintir individu memohon doa agar mereka dikurniakan rezeki bagi menimang cahaya mata satu hari nanti.

Malah, ejen takaful itu juga memuat naik beberapa video lain seperti membacakan ayat suci al-Quran serta mengomol bayi tersebut selain membantu meringankan beban isterinya dalam menguruskan rumah tangga.

@alimrahman7

##esekeli ##dadanddaughter ##joy ##fyp ##esekli

♬ original sound – elyanna

Sejuk mata dan hati tengok lelaki yang bertanggungjawab macam ni. Moga kekal berkelakuan ‘sweet’ sehingga memiliki ramai anak sekalipun. Mudah-mudahan!

Sumber: TikTok @alimrahman7

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : ohmymedia

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Dirakam berkali2 cium anak, lelaki buat ramai mahu zuriat – “Bestnya bau baby..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*