Ditinggal ibu bapa ke kedai, budak m4ut terhidu asap selepas rumah terb4kar

Seorang budak perempuan m4ut dipercayai akibat s3sak nafas selepas kediamannya di Kondominium The Rice Collection II di Georgetown, Pulau Pinang terb4kar pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, mangsa Nur Rania Adelia Mohd Zaid dipercayai ditinggalkan di rumah bersama adik lelakinya, Muhammad Ariq Zakwan dengan pintu berkunci oleh ibu bapanya yang pergi ke kedai berhampiran.

Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak tersebut ditinggalkan ketika tidur sebelum ibu bapa mereka bergegas pulang setelah terlihat kepulan asap di kediaman itu pada aplikasi Zoom di telefon bimbit.

Mangsa yang berusia enam tahun disahkan men1nggal dunia ketika dir4wat di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas tidak sedarkan diri, manakala adiknya ditemui selamat di ruang tamu.

“Ketika bomba tiba, dua kanak-kanak termasuk seorang yang tidak sedarkan diri, sudah dibawa keluar dari rumah itu oleh ibu bapa mereka..
“…tetapi budak perempuan itu disahkan meninggal dunia di HPP selepas itu,” kata Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan.

Meninjau di laman Facebook, beberapa ahli keluarga mangsa berkongsi posting meluahkan rasa hiba berhubung 1nsiden tersebut dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Nur Rania Adelia.

Sumber: BH Online (Zuhainy Zulkiffli) , Facebook Nurul Syazana & Eyfa Roslan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : ohmymedia

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ditinggal ibu bapa ke kedai, budak m4ut terhidu asap selepas rumah terb4kar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*