Bersemangat jual kek walaupun kaki kvdung

Kajang: Tiada istilah putvs asa dalam hidup Azizan Rahman walaupun hidup dengan hanya sebelah kaki.

Pemuda berusia 33 tahun itu tidak betah untuk duduk diam demi meneruskan kelangsungan hidup.

Azizan kini menjual kek di hadapan sebuah bank bagi menyara hidupnya.

“Saya tinggalkan keluarga di Perak untuk mencari rezeki dengan menjual kek kerana ia dilihat pekerjaan yang sesuai dengan keadaan diri.

“Sejak lebih setahun lalu, saya berdikari melakukan semua perkara walaupun perlu bertongkat untuk bergerak,” katanya ditemui hari ini.

Azizan yang juga atlit para badminton kerusi roda yang mewakili Perak pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bersyukur kerana hasil usahanya membuahkan hasil.

Katanya, dia tidak hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kem4langan motosikal pada 2008 menyebabkan kaki kanan kvdung dan ia mengubah sepenuhnya hidup saya.

“Hampir setahun saya cuba untuk bangkit dan akhirnya, saya menerima ketentuan Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, kek akan dihantar pengusaha di Semenyih dan dijual pada harga RM10 setiap satu.

Katanya, masyarakat tidak henti memberikan sokongan dan membeli kek jualannya yang dijual bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

“Saya mahu buktikan kekurangan yang dimiliki bukan alasan untuk berdiam diri tanpa berusaha untuk bangkit meneruskan hidup.

“Walaupun menc4bar terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun saya tabah demi kelangsungan hidup,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Bersemangat jual kek walaupun kaki kvdung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*