Hasrat jadi imam tak kesampaian, anak lelaki m4ut dalam k3malangan

REMBAU – Hasrat seorang anak untuk menjadi imam solat kepada keluarganya sepanjang 14 hari pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama tidak kesampaian.

Ini kerana Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan Mohd Bakri, 15, m4ut dalam kejadian n4has tiga buah motosikal di Kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Chembong itu, m4ngsa disahkan men1nggal dunia ketika mendapatkan r4watan di Zon Merah, Jabatan K3cemasan dan Tr4uma, Hospital Rembau.

Kakaknya, Hana Amyliya Marsyainir Mohd Bakri, 18, yang membonceng motosikal itu pula kini menjalani pmb3dahan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

Ibu m4ngsa, Shahida Abd. Ghayas Khan, 49, berkata, dua hari lalu anak tunggal lelakinya itu yang dipanggil Zaqwan dalam kalangan ahli keluarga memberitahu perancangannya untuk berpuasa dan mahu belajar menjadi imam bagi menghadapi 14 hari PKP kali ini.

“Dia kata kawannya selalu gelar dia gemuk, jadi dia mahu berpuasa dan mahu belajar menjadi imam. Dia memang anak yang sangat baik, sejak saya s4kit di bahagian lutut dan pergerakan terbatas sejak tiga tahun lalu, dia banyak membantu saya memasak dan mengemas rumah.

“Zaqwan juga beritahu saya yang dia mahu saya kongsikan lagi resipi-resipi masakan supaya mudah dia masakkan untuk saya nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Shahida memberitahu, dia juga berharap agar anak keduanya, Hana Amyliya Marsyainir dapat segera sembuh.

Jelasnya, anaknya itu yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau, baharu tiga minggu bekerja di kedai kasut berdekatan kediaman mereka bagi mengumpul wang membeli komputer riba sebagai persiapan menyambung pelajaran.

“Saya ada katakan kepada Hana bukan masanya untuk dia bekerja tetapi dia tetap mahu berusaha menggantikan komputer riba lamanya itu dengan menggunakan wang titik peluhnya sendiri,” katanya.

Dalam kem4langan berkenaan, seorang lagi penunggang motosikal, S. Mahesan, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, berkata, kem4langan berkenaan membabitkan tiga buah motosikal iaitu dua daripadanya jenis Honda dan sebuah jenis Modenas.

“Berdasarkan si4satan awal, Mahesan menunggang dari arah Seremban menghala ke Rembau. Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya telah bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan yang datang dari arah bertentangan.

“Kemudian datang motosikal ketiga yang ditunggangi dari arah Rembau oleh seorang lelaki berusia 29 tahun menghala ke Seremban tidak sempat mengelak lalu terl4nggar objek motosikal yang berada atas laluan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelas Hazri, seorang lagi penunggang motosikal terbabit mengalami kec3deraan ringan dan dir4wat di Zon Hijau, Jabatan K3cemasan dan Tr4uma, Hospital Rembau.

“Si4satan lanjut masih dijalankan dan k3s disi4sat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : cempedakcheese

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Hasrat jadi imam tak kesampaian, anak lelaki m4ut dalam k3malangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*