‘Aishah pergi beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan kami’

Jempol: “Biarlah segala kenangan manis bersama arw4h isteri selama hampir setahun ini menjadi kenangan peribadi terindah buat saya. Hanya saya, arw4h dan Allah yang mengetahuinya.”

Itu kata Leftenan Muhammad Iqmall Muhamad Sukri, suami kepada jururawat di Hospital Labuan, Siti Aishah Mohd Zamri 26, yang men1nggal dunia akibat j4ngkitan Cov1d-19 pada jam 10.40 pagi kelmarin.

Arw4h masukkan ke hospital pada 26 Mei lalu apabila disahkan positif selepas menjadi kontak rapat seorang pes4kit yang menerima r4watan di wad hospital berkenaan.

Muhammad Iqmall yang bertugas sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara di Pangkalan Udara Labuan berkata, dia dan arw4h isteri bernikah pada 5 Jun tahun lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tidak mengadakan sebarang majlis kecuali pelamin ringkas untuk merakam gambar kenangan.

“Arw4h ada merancang untuk mengadakan majlis kenduri, namun tidak menjadi kenyataan kerana PKP yang berlanjutan, selain kek4ngan tugasnya sebagai jururawat.

“Namun tidak sangka arw4h pergi beberapa hari sebelum ulang tahun pernikahan pertama kami.

“Lebih memilukan dia pergi bersama anak sulung kami yang dinamakan Muhammad Adam Muslim,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Iqmall berkata, kali terakhir mereka berbual pada tengah malam Isnin sebelum arw4h ‘ditidurkan’ ketika mendapat raw4tan di unit raw4tan rapi (ICU).

Menurutnya, doktor turut membuat pemb3dahan kec3masan untuk mengeluarkan bayi mereka, namun Muhammad Adam Muslim tidak dapat diselamatkan.

“Saya reda dengan pemergian arw4h isteri. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada petugas di Hospital Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana menjaga arw4h isteri ketika sedang dir4wat,” katanya sambil menambah isterinya belum mengambil vaksin kerana sedang mengandung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "‘Aishah pergi beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan kami’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*