10 Akhir Ramadan, Elizabeth Tan ‘Mend4dak’ Muncul Mengenakan Hijab

Menjelang 10 akhir Ramadan, rata-rata umat Islam pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merebut keistimewaan yang tersingkap di antara malam-malam yang disebut sebagai Malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Apa yang dapat kita contohi antara amal ibadah yang menjadi sunnah adalah dengan ‘mengetatkan kain ketika memasuki 10 malam terakhir Ramadan’.

Hal yang demikian dapat kita kongsikan, sepanjang menjalani ibadah puasa tahun ini, rata-rata selebriti banyak yang sudah mula mempertingkatkan amalan mereka dengan membaca Al-Quran dan ada yang mula mengenakan pemakaian hijab yang terlihat manis di sepanjang bulan Ramadan ini.

Bukan itu sahaja, terbaharu penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan telah memuat naik video beliau yang cuba memakai hijab malah, kain tudungnya jugak dilabuhkan bagi menutup dadanya yang terlihat jelas cuba menghormati bulan mulia ini.

caption:

“Sempena ramadhan…. Tiberrss 😛”

Menerusi entri tersebut, penampilan yang dikongsi oleh Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy itu mungkin hanya sebagai tuntutan watak dalam lakonanya, namun tindakan spontan itu telah berjaya mencur1 perhatian warganet yang turut memuji keayuan dirinya yang tampak manis memakai selendang.

Sebelum ini, Lizzy mungkin sering menerima komen-komen negat1f mengenai cara pemakaiannya di laman Instagram namun, menerusi sumber sebuah laman portal beliau pernah menjelaskan selagi ibunya tidak menegur caranya berpakaian dalam foto yang dikongsi itu, dia tidak akan menganggap aks1nya dikategorikan sebagai ‘over’.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga komen-komen membina yang turut ditinggalkan oleh peminat buat artis kesukaan mereka ini.

Lizzy bagaimanapun dikatakan telah sah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada Mac lalu, yang mana sedikit sebanyak telah memberi kejvtan serta ‘melvkai’ ramai peminatnya, terutamanya golongan jejaka yang meminati Lizzy secara peribadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : hot fm

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "10 Akhir Ramadan, Elizabeth Tan ‘Mend4dak’ Muncul Mengenakan Hijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*