Pertandingan pelita raya Terengganu bermula Khamis ini

Pertandingan pelita raya yang sinonim dengan Terengganu menjelang malam tujuh likur akan diteruskan pada tahun ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) normal baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata, pertandingan hiasan pelita raya itu akan bermula pada Khamis ini.

Beliau menjelaskan, oleh kerana negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19, format pertandingan ini diubahsuai bagi mematuhi SOP normal baharu ditetapkan.

“Pertandingan pelita raya terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat daerah yang diadakan di Perkampungan Budaya Terengganu, Losong di sini.

“Setiap wakil lapan daerah di negeri ini akan diberi tanggungjawab untuk menghias rumah tradisional yang terdapat di Perkampungan Budaya Terengganu itu dengan rekaan pelita raya,” katanya ketika ditemui pada program ‘Moreh bersama Media’ di sini semalam.

Ariffin berkata, kategori kedua pula terbuka kepada kampung-kampung di negeri ini yang hendak mengambil bahagian.

Menurut beliau, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang mengambil bahagian boleh menghantar penyertaan dengan memuat naik gambar dan video hiasan pelita raya rekaaan mereka menerusi media sosial Jabatan Pelancongan Terengganu.

“Hiasan pelita raya yang unik dan memenuhi kriteria ditetapkan akan memenangi pelbagai hadiah menarik,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : kosmo

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Pertandingan pelita raya Terengganu bermula Khamis ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*