“Rent4s Negeri Diperket4tkan Bukan SaIah Kami,” Risteena Dan Isa

“Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain.”

Itu kata pelakon Risteena Munim mengenai isu mengaitkan selebriti dan instafamous yang dikatakan mengambil kesempatan menggunakan surat kebenaran merentas negeri daripada polis untuk bercuti.

Risteena, 32, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata, pihak berkuasa sudah mengesahkan dia bersama suami yang juga pelakon, Isa Khan berada di Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu adalah atas urusan kerja.

“Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak polis sudah sahkan kami ke sana atas urusan kerja.

“Kami tidak ke mana-mana dan bukannya sambil menyelam minum air. Di situ kami selesaikan kerja dan makan. Kebetulan orang tengok kami di tempat itu. Kenapa benda itu nak dikaitkan dengan kami lagi,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Sementara itu, Isa berkata, banyak lagi sebab munasabah kenapa pihak berkuasa mengetatkan perkara itu.

“Sebenarnya kebetulan di tempat kami bekerja itu adalah lokasi pelancongan sekali gus menyebabkan isu ini timbul. Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menuduh kami sebagai punca,” katanya.

Dalam masa sama, Isa yang hadir bersama Risteena pada rakaman program Melodi Raya 2021 disini, hari ini berkata, kontroversi dan isu yang melanda mereka adalah dugaan selepas berkahwin pada 12 Mac lalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

“Kami ke Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu. Kontroversi ini kita tak duga, tapi kami sangat tenang sebab tak buat salah, jadi tidak ada apa perlu dirisaukan. Kami pun sudah selesaikan semua perkara dengan pihak berwajib.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian selepas bernikah. Saya yakin akan banyak lagi cabaran yang akan kami lalui dan berdepan bersama-sama,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh ™ عيسى خان (@theisakhan)

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Isa dan Risteena didakwa pergi berbulan madu di Sabah berdasarkan foto dan video dimuat naik di Instagram Story.

Perkara menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen yang menyifatkan pasangan itu meyalahgunakan kebenaran merentas negeri yang diberikan.

Sumber : cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/08/rent4s-negeri-diperket4tkan-bukan-saiah-kami-risteena-dan-isa/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Rent4s Negeri Diperket4tkan Bukan SaIah Kami,” Risteena Dan Isa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*