“Tular Gamb4r Kurus Kering,” Khalis Abang Tajul Sedang Mend3rita S4kit?

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan sekeping gambar vokalis kumpulan The Real Spin, Khalis Md Shari, 33 dalam keadaan kurus kering diangkat untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin dan abang kepada penyanyi muda terkenal, Tajul Arif dimaklumkan dalam keadaan tidak sihat dan pemilik akaun Facebook yang menularkan keadaannya memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Khalis.

Tak berani nak komen

Menerusi laporan daripada Mstar yang berjaya menghubungi Tajul bagi mengetahui kondisi terkini abangnya, penyanyi lagu Sedalam-dalam Rindu itu mengambil langkah tidak mendedahkan penyakit sebenar Khalis .

Namun, Tajul menyatakan bahawa abangnya berada dalam keadaan kurang sakit sekitar empat hingga lima hari lalu dan telah dibawa ke hospital.

“Wallahualam, saya tak berani nak kata apa berhubung sakit abang saya.”

“Dia sakit sejak empat atau lima hari yang lalu. kemudian semalam (Rabu) dia dibawa ke hospital.” Katanya.

Sedang dalam pantauan doktor

Mengulas mengenai keadaan terkini abangnya, Tajul memaklumkan Khalis berada dalam keadaan baik ketika ini dan masih berada dalam pantauan doktor.

Dia juga mewakili abang kandungnya berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan volakis The Real Spin itu kembali sihat seperti biasa dan dapat keluar daripada hospital dengan segera.

“Sekarang keadaan abang saya masih okay, doktor tengah monitor je,”

“mewakili abang, saya minta semua doakan yang terbaik buat dia,” ujar Tajul

Gambar keadaan Khalis yang tular di media sosial telah dimuat naik lama Facebook Rumah Penerbitan dan tersebar luar sehingga membuatkan orang ramai tertanya-tanya.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang jawapan mengenai sakit yang dihidapi Khalis dari mana-mana pihak kecuali kenyataan daripada adiknya Tajul.

Sumber: Mstar (Ali Toupan Rajalee), Rumah Penerbitan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/08/tular-gamb4r-kurus-kering-khalis-abang-tajul-sedang-mend3rita-s4kit/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Tular Gamb4r Kurus Kering,” Khalis Abang Tajul Sedang Mend3rita S4kit?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*