Ibu Neelofa Akhirnya Batalkn Permohonan Trademark ‘Harimau Menangis’. Dia Jelaskn Sbb Kenapa Batalkan

” Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,”

Demikian kata-kata pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor Kartini Noor Mohamed membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’

Noor Kartini yang juga ibu selebriti terkenal Neelofa berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat dan keputusan diambil selepas dikritik ramai pihak.

” Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

” Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

” Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada mas4lah produk tiruan,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Noor Kartini berkata, dia tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

” Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mend4kwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu mendapat kec4man netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ masih di peringkat pemeriksaan.

” Jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

” Sehubungan itu, Noor Kartini diminta tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau,” katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya didaftarkan dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu yang juga ibu selebriti Neelofa, mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

Noor Kartini sebelum itu memaklumkan permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘harimau menangis’, sebaliknya hanyalah rekaan pada tulisan perkataan itu.

Menurut kenyataan syarikat itu, keputusan mendaftar rekaan pada ejaan itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan.

” Pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah bersifat untuk melindungi penggayaan, susur atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk.

” Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana, ” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pada Selasa, tular foto memaparkan permohonan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘harimau menangis’.

Malah video daripada Instastory Noor Kartini berkenaan pengakuannya bahawa nama ‘harimau menangis’ sudah didaftarkan juga hangat menjadi perdebatan netizen.

” Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis, ” katanya dalam video tersebut sambil memasak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : http://limauais.pw/2021/01/14/ibu-lofa-batalkan-trademark-harimau/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ibu Neelofa Akhirnya Batalkn Permohonan Trademark ‘Harimau Menangis’. Dia Jelaskn Sbb Kenapa Batalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*