“Muncvl 2 Nama Individu Masih Hid0p Dalam ‘List’ Penumpang Sriwijaya Air Terhemp4s?

Seorang remaja terkejut dan bingung apabila mendapat tahu namanya ada di dalam senarai m4ngsa nahas pesawat Sriwijaya Air yang terhempas, Sabtu lalu.

Sarah Beatrice Alomau, 19, yang bekerja di sebuah kilang kertas berkata dia mengesyaki rakan sekerja menggunakan identitinya untuk membeli tiket penerbangan.

Pasangan kekasih guna identiti palsu

Tanda tanya Sarah akhirnya terjawab apabila rakan sekerjanya disahkan sebagai salah seorang mangsa nahas penerbangan SJ182 itu. Menurut Liputan6, rakannya, Selvin Daro telah menggunakan identitinya dan berada di dalam pesawat tersebut bersama kekasihnya, Teofilus Lau Ura yang turut menggunakan identiti palsu.

Difahamkan, Teofilus menggunakan identiti Felix Wenggo yang juga merupakan rakannya dan pasangan itu merancang untuk berkahwin di Pontianak dan bekerja di sana. Menurut wakil keluarga mangsa, Benediktus Beke,

“Mereka berangkat ke Pontianak dengan menggunakan identiti orang lain. Mereka akan bernikah dalam waktu terdekat. Tetapi, Teofilus diberhentikan kerja di Jakarta dan kedua-duanya membuat keputusan untuk ke Pontianak.”

“Mereka terpaksa menggunakan identiti orang lain kerana tidak mempunyai wang selepas hilang pekerjaan.”

Macam mana boleh lepas?

Peguam Sarah, Richard Riwoe berkata, dia tidak pernah meminjamkan Kartu Tanda Penduduk (KTP) kepada Selvin dan ianya masih berada dalam simpanannya.

“Kami tidak tahu sama ada dia (Selvin) menggunakan salinan fotostat atau imbasan kad berkenaan ketika mendaftar masuk kerana kad yang asal masih ada pada Sarah.”

Bagaimanapun, kini timbul pula persoalan bagaimana Selvin dapat melepasi prosedur pemeriksaan penumpang menggunakan nama individu lain.

“Bagaimana dia dapat melepasi pemeriksaan dan ujian rapid antigen? Kebiasaannya, penumpang perlu menunjukkan KTP yang sebenar.”

“Kami juga mahu syarikat penerbangan memeriksa rakaman CCTV untuk memastikan perkara ini.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : motifviral

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Muncvl 2 Nama Individu Masih Hid0p Dalam ‘List’ Penumpang Sriwijaya Air Terhemp4s?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*