“Tulang Rawan Koy4k, Tempurung Lutut Retakk”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kini terpaksa bertongkat ekoran kece3deraan pada bahagian lutut selepas melakukan aktiviti mendaki bukit minggu lalu.

Jelas Fazley, tempurung lututnya mengalami keret4kan dan tulang rawan pada bahagian terbabit koyak.

“Saya tak sedar selepas empat jam hiking, apabila balik solat saya tak boleh bangun semasa sujud. Ketika itu rasa macam ada yang tak kena.

“Tetapi keesokannya saya masih berjogging sejauh 10 kilometer selama lima hari berturut-turut tanpa masalah.

“Pada hari keenam lutut saya bengkak dan isteri menyuruh saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Ketika itu barulah saya tahu tulang rawan koyak dan depan tempurung lutut saya retak sedikit. Bermakna saya cede3ra tanpa saya tahu,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelantun lagu Cerita Asmara itu lagi, kecederaan terbabit normal bagi individu yang aktif bersukan dan mendaki.

“Pada rawatan pertama, doktor menyedut keluar dar4h pada bahagian yang ce3dera itu dan menggantikannya dengan gel untuk surutkan bengkak.

“Kemudiannya, saya perlu menjalani terapi sebanyak tiga kali seminggu selain raw4tan inframerah dan urutan.

“Kata doktor saya tak perlu risau dan harap tiada pembed4han,” kata Fazley lagi.

Fazley yang ditemui pada majlis pelancaran kempen Your Berry Best Friend bagi mempromosikan buah beri biru US Highbush Blueberry di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pada majlis berkenaan juga, Fazley hadir bersama tongkat dan ditemani beberapa pembantu.

“Berjalan tiada masalah cuma sedikit sukar untuk naik turun tangga.

“Doktor menasihati saya untuk tidak berjogging atau bermain badminton sekurang-kurangnya tiga minggu.

“Jadi, rasa ‘pat4h kaki’ jugalah,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Tulang Rawan Koy4k, Tempurung Lutut Retakk”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*