“Terima Kasih Isteriku,” – Tahniah, Fasha Sandha Selamat Bersalin Baby Girl, Aidil Cuti 1 Bulan Jaga Isteri Berp4ntang

Tahniah diucapkan buat pelakon, Fasha Sandha yang telah selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.

Berita tersebut dikongsi suaminya, pelakon Aidil Aziz menerusi Instagram.

Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang itu turut mendedahkan keadaan terkini Fasha dan anak yang baru lahir.

“0 7 – 0 8 – 2 0 2 0. Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah.

“Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian,” tulisnya.

Berita gembira tersebut dikongsi suami Fasha, Aidil Aziz menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira 15 minit yang lalu (ketika artikel ini ditulis).

Aidil menerusi ruangan kapsyen memanjatkan kesyukuran di samping memberitahu kepada semua keadaan terkini anak dan isterinya itu.

Dalam pada itu Aidil turut memberitahu akan bercuti selama sebulan untuk menjaga puteri dan menemani isterinya sepanjang proses berpantang.

“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga dan teman u berpantang ok.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian. Amin,” tulisnya.

Menerusi tinjauan Gempak, Fasha telah dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalinnya.

Bayangan mengenai perkara tersebut dimuat naik Fasha menerusi akaun IGnya semalam.

‘Baby A’ merupakan anak pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Pelakon cantik itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : MH, Gempak

 

Be the first to comment on "“Terima Kasih Isteriku,” – Tahniah, Fasha Sandha Selamat Bersalin Baby Girl, Aidil Cuti 1 Bulan Jaga Isteri Berp4ntang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*