Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Kekasih Hati

Sebelum ini seolah memberi bayangan serta memuat naik gambar termasuk menempah baju kahwin, Zarina Anjoulie berkata dia bakal mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas tidak lama lagi.

Bagaimanapun menerusi Insta Story, Zarina dilihat memuat naik beberapa IG story memperlihatkan dirinya berbusana pengantin serba putih bersama kekasih hati di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat pasangan itu seakan sudah bernikah dan melangsungkan pernikahan tersebut di Pejabat Agama memandangkan bapa Zarina turut kelihatan berada disana untuk mewalikan anaknya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada Zarina berhubung perkara itu. Jika benar sudah selamat diijabkabulkan, tahniah kami ucapkan dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sebelum ini, Zarina pernah mendedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus kahwin. Bagaimanapun, hasrat kedua-dua mereka itu terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Kekasih Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*