“Saya sudah bersedia untuk lebih serius bergelar pelakon” -Wany Hasrita

KUALA LUMPUR: Lebih tiga bulan kerjaya nyanyian terk4ndas akib4t p4ndemik COV1D-19, penyanyi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita mula memikirkan perancangan masa depan.

Penyanyi berusia 27 tahun itu mended4hkan sudah bersedia beralih ke bidang lakonan sebagai sokongan kepada kerjaya nyanyian.

Sebelum ini, Wany memberitahu, dia enggan berlakon kerana bimbang diminta melakonkan watak yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.

Namun, melihat semakin ramai pengarah menjaga sensit1viti pelakon berhijab, hati anak kelahiran Kuala Lumpur ini terbuka untuk mencuba bidang lakonan.

“Sebelum ini, saya pernah tampil dalam sebuah telefilem tetapi peranan saya tidak besar. Sekarang, saya sudah bersedia untuk lebih serius bergelar pelakon.

“Saya bukan cer3wet tapi sangat menjaga sekecil-kecil perkara kerana tidak mahu menjejaskan imej sebagai wanita bertudung. Namun, saya lihat, ramai pengarah mula menitikberatkan soal batasan pelakon.

“Selepas empat tahun dalam industri, saya lihat 2020 adalah tahun untuk saya menjenamakan semula Wany Hasrita.

Wany mula terbuka mencuba bidang lakonan dengan lebih serius selepas pandemik COVID-19. Foto IG Wany Hasrita

“Lagipun dengan uji4n COV1D-19 yang menimpa seluruh dunia, saya tidak boleh berharap kepada bidang muzik semata-mata. Saya perlu mencuba cabang lain sebagai persediaan masa depan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, kata Wany, dia enggan berlakon kerana menyedari kredibiliti dan kemampuannya sebagai pelakon.

“Saya rasa tidak mampu mengubah karakter dalam sekelip mata. Saya bimbang tidak dapat menghayati watak dengan emosi dalaman. Ini kerana saya jenis ‘gil4-gil4’.

“Selain itu, saya t4kut pelakon senior atau veteran terkeejut dengan sikap ‘gil4-gil4’ saya itu,” katanya.

Bagaimanapun, Wany tidak kisah jika digandingkan dengan pelakon lama.

Malah, katanya, pengalaman berlakon di samping Raja Azura dalam sebuah drama pendek, membuka matanya terhadap bintang berpengalaman.

“Raja Azura sangat baik dan suka mengajar,” katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai kerjaya nyanyian, Wany berkata, dia bakal muncul dengan sebuah lagu balada ciptaan Amylea dan Farouk.

Wany juga bakal berkolaborasi bersama Altimet untuk sebuah lagu yang memasukkan elemen rap.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "“Saya sudah bersedia untuk lebih serius bergelar pelakon” -Wany Hasrita"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*