Ustaz Ebit umum harga tak masuk akaI di pasar raya, ramai mula bimbang timbul ‘isu’ lain – “Yang terlebih mampu jangan ambil kesempatan pula ye”

“SERIUSLAH harga murah begini. Ya Allah tapi untung ke?”

Itu antara komen netizen yang terkejvt dengan harga murah ditawarkan sempena pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew pada hujung minggu ini.

Menerusi posting terbaharu Ebit, beliau turut mengumumkan tarikh pembukaan 10 cawangan pasar raya miliknya itu.

Malah pada masa sama beliau juga memohon doa orang ramai agar urusan pembukaan rasmi pasar raya Elewsmart dipermudahkan.

“Pohon doakan yer Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

10 cawangan pasar raya milik Ebit akan dibuka secara berperingkat bermula Sabtu depan.

“Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan, 18 Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. Lapan cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut,” katanya.

Dalam posting tersebut, Ebit dilihat memegang risalah harga barang yang ditawarkan sempena hari pembukaan pasar raya tersebut tidak lama lagi.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah harga tidak masuk akaI yang ditawarkan pasar raya tersebut.

Pohon doakan yer Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

USTAZ EBIT LEW

Pendakwah terkenal

Berdasarkan risalah tersebut, pengguna boleh membeli kicap kegemaran ramai pada harga 90 sen manakala susu pekat manis dan mi segera masing-masing pada harga kurang RM1.

Berita gembira itu turut mendapat perhatian pengacara wanita terkenal, Neelofa yang memuji usaha murni Ebit di Twitter.

“MasyaAllah, murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan,” tulisnya.

Berita gembira itu turut dikongsi Neelofa di Twitternya.

Posting tersebut mendapat lebih 15,000 ulang kicau dan 25,800 tanda suka dalam kalangan netizen.

Ramai netizen berharap agar golongan kurang berkemampuan diberi keutamaan untuk membeli barang keperluan di pasar raya tersebut.

“Minta tolonglah yang dah ada ‘kereta’ tu jangan beli kat sini. Kalau nak beli jangan beli banyak. Ustaz buat untuk tolong orang susah dan yang benar-benar da1f,” kata Jack.

“Harap sangat golongan yang sepatutnya berpeluang membeli barang kat kedai ni. Yang terlebih mampu janganlah ambil kesempatan pulak ye,” kata Syah.

“Harapnya letaklah limit berapa banyak je boleh beli sebab takut ada golongan yang ambil kesempatan dengan beli banyak lepas tu jual balik,” kata Khairul.

Ebit membuka pasar raya itu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Ebit sebelum ini memaklumkan pembukaan pasar raya itu bukan sahaja menawarkan harga murah tetapi turut menjadi medium penyampaian makanan kepada golongan memerlukan serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Selain Bangi dan Kajang, lapan lokasi pasar raya tersebut akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ustaz Ebit umum harga tak masuk akaI di pasar raya, ramai mula bimbang timbul ‘isu’ lain – “Yang terlebih mampu jangan ambil kesempatan pula ye”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*