Hikmah kontr0versi, tawaran berlakon Amyza Aznan tak putvs – “Rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatvh ke bumi”

MESKIPUN ‘per4ng’ dengan pelakon kontr0versi Zarina Anjoulie masih berlanjutan, namun ia tidak menghalang0pelakon Amyza Aznan menerima banyak tawaran dalam bidang lakonan.

Menurut Amyza yang bergelar dirinya sebagai kak Kaia, 44, dia menerima semua tawaran tersebut bukan disebabkan terlalu tamak tetapi enggan membuatkan pihak lain berkecil hati.

Amyza berkata dia percaya dengan pengalaman selama 20 dalam industri berserta personalitinya yang kelakar dan bakat yang ada menjadikan dirinya berjaya membawa pelbagai watak.

Amyza kongsi perkara itu di Instagram.

“Hari ini kak Kaaia bergegas ke set shooting yang lain. Alhamdulillah… rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatvh ke bumi. Bukan tamak, tapi tak nak kecilkan hati orang.

“Kalau tolak nanti kecil hati orang. 20 tahun di dalam industri dengan personaliti kelakar kak Kaaia dan bakat yang dipinjamkan Allah untuk merealisasikan pelbagai watak,” kata Amyza.

Pelakon drama bersiri popular Budak Tebing itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sedutan rakamn sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang turut memuji lakonannya.

Belajar dan terus belajar supaya terus relevan serta dapat anugerah lagi

AMYZA AZNAN

PELAKON

K3s sam4n antara Zarina dan Amyza masih dalam proses mahk4mah sejak April lalu sehingga kini.

Dalam pada itu, Amyza memberitahu dia akan terus belajar dalam bidang lakonan supaya dirinya kekal relevan dan memenangi lagi anugerah.

“Belajar dan terus belajar supaya terus relevan serta dapat anugerah lagi,” ujarnya.

Amyza pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah pada tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Hikmah kontr0versi, tawaran berlakon Amyza Aznan tak putvs – “Rezeki semakin mencurah-curah bak hujan jatvh ke bumi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*