“Satu Pengajaran Sangat Besar Bagi Individu Tersebut …” – Erra Fazira Ulas Isu Samantha

Primadona filem Melayu, Erra Fazira meluahkan pandangan berkenaan dengan isu bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James yang telah mencetus kemarahan umum apabila mengeluarkan kenyataan berunsur racist terhadap orang berkulit gelap. 

Ketika dihubungi Gempak, Erra menyatakan kemelut yang menimpa Samantha ini menjadi pengajaran kepada semua orang.

“Saya percaya dia tahu dan sedar akan tanggungjawab yang dipikul setelah memilih untuk menjadi duta kecil negara di mata dunia. 

“Ini satu pengajaran yang sangat besar bagi individu tersebut dan juga kepada bakal-bakal duta kecil yang akan datang,” katanya menerusi kiriman Whatsapp hari ini.

Tambah pengacara program Mingguan Wanita ini berkata seorang ratu cantik seharusnya menjalankan tanggungjawab itu sebaik mungkin memandangkan dia adalah seorang tokoh masyarakat (public figure).

“Jika berminat dan diri sendiri memilih untuk menjadi Miss Universe Malaysia ada tanggungjawab besar, garis dan perlakuan yang harus kita laksanakan,” katanya lagi.

Erra memulakan kerjaya profesionalnya dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut.

Terdahulu, Samantha berkongsi pendapatnya tentang isu perbezaan warna kulit dan rusuhan kaum yang sedang melanda negara Amerika Syarikat (AS). 

Tambah memanaskan keadaan apabila Samantha dilihat tidak sensitif meminta orang berkulit gelap bertanggungjawab terhadap rusuhan kaum yang melanda. 

Disebabkan itu, Instagram (IG) juga sudah mengambil tindakan dengan membuang ‘verified badge’ di akaun miliknya.

Selepas dikecam teruk oleh wargamaya, Samantha membuat penjelasan menerusi laman IG miliknya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Satu Pengajaran Sangat Besar Bagi Individu Tersebut …” – Erra Fazira Ulas Isu Samantha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*