Separuh aduan diterima KKM berkaitan sokongan emosi

PUTRAJAYA: Lebih 50 peratus daripada 9,338 aduan awam yang diterima Kementerian Kesihatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berkaitan keperluan sokongan emosi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata aduan berkenaan diperoleh melalui platform talian sokongan psikososial dan perkhidmatan kaunseling secara virtual melalui aplikasi terkini, yang disediakan kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi lain.

“Antara isu yang dibangkitkan bagi mereka yang memerlukan sokongan emosi ini adalah stres, risau dan putus harapan, diikuti faktor sosial seperti hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan dan masalah hubungan interpersonal.

“Selain itu, ada juga yang menelefon kita dan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai COVID-19 iaitu kira-kira 18.8 peratus dan kita mengambil peluang ini untuk memberi maklumat terkini mengenainya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : BH

Be the first to comment on "Separuh aduan diterima KKM berkaitan sokongan emosi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*