“Tiada Penyanyi Yang Tak Buat Silap” – Hael, Mark, Shiha & Rakan Artis Lain Titip Kata Semangat Untuk Nabila Razali

Mengerti keadaan yang dilalui oleh teman seindustri, rakan-rakan artis tampil memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi Nabila Razali.

Persembahan nyanyian Nabila yang terkucil sewaktu menyanyikan lagu Peluang Kedua di program siaran langsung, Mega Raya Ria mendapat perhatian wargamaya.

Menerima aura negatif netizen, ramai yang mempertikaikan kemampuan vokal Nabila dan memberikan kritikan negatif terhadap penyanyi itu.

Selepas mendiamkan diri, Nabila tampil memberikan kenyataan di laman Instagram miliknya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat meniupkan semangat kepada bekas bintang AF2013 itu.

Rakan-rakan artis seperti Hael Husaini, Mark Adam, Shiha Zikir, Azira Shafinaz, Wani Kayrie dan Nina Nadira turut sama memberikan ransangan positif kepada Nabila.

Berikut merupakan komen mereka:

Sebelum ini, single Peluang Kedua mendapat perhatian peminat dan berjaya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh sebulan dilancarkan di laman YouTube.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Tiada Penyanyi Yang Tak Buat Silap” – Hael, Mark, Shiha & Rakan Artis Lain Titip Kata Semangat Untuk Nabila Razali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*