“Setiap Tahun Belasan Busana Raya Akan Ditempah Beliau,” – Rizman Ruzaini Akui Che Ta Antara Selebriti Awal Pakai Rekaannya, Turut Beri Dedikasi Buat Bintang Lainnya

Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini (RR) ada memberikan dedikasi terhadap pelanggan serta rakan selebriti yang kekal setia bekerjasama dengan mereka sejak bertahun lalu. 

Bersempena sambutan Syawal tahun ini, akaun Instagram berkenaan ada memuat naik persalinan indah busana raya rekaan mereka yang digayakan beberapa bintang terpilih.

Malah, ada di antara mereka yang cukup sinonim dengan dengan jenama berkenaan dan turut menempah persalinan baju raya dalam kuantiti yang banyak.

RR mengakui Rozita Che Wan misalnya menjadi antara selebriti terawal yang mengenakan rekaan mereka.

“Rozita Che Wan adalah antara selebriti terawal yang mengayakan rekaan RR. Dan dari 15 tahun lepas hingga kini, beliau sentiasa bersama kami.

“Setiap tahun belasan busana raya akan ditempah beliau. The best part is, gambar2 beliau mmg gempak every year!

“Thank you so much kak Ita for your support,” tulis admin akaun tersebut pada foto pelakon Kiah Pekasam itu yang dimuat naik.

Selain Che Ta, turut dilihat anggun dalam persalinan raya RR termasuk Fazura, Erra Fazira dan Datuk Siti Nurhaliza.

Foto: Instagram Rizman Ruzaini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Setiap Tahun Belasan Busana Raya Akan Ditempah Beliau,” – Rizman Ruzaini Akui Che Ta Antara Selebriti Awal Pakai Rekaannya, Turut Beri Dedikasi Buat Bintang Lainnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*