Gadis titip doa di Tanah Suci agar dijodohkan, kekasih der1ta k4nser usus dijemput Ilahi… Baju raya tak gosok jadi kenangan terakhir

MERINDUI insan yang telah pergi meninggalkan kita merupakan satu perasaan cukup per1t untuk diungkap.

Begitulah perasaan yang terpaksa ditanggung oleh gadis ini, Putri Nur Syafiqah Zakaria, 21, yang keh1langan kekasihnya, Muhammad Shahrul Sagar, 23, disebabkan peny4kit k4nser kolon (kanser usus besar) tahap empat.

Menerusi perkongsian gadis yang lebih mesra disapa Putri yang memaparkan momen-momen indah bersama arwah di laman sosial, meraih perhatian ramai.

Baru-baru ini, Putri memuat naik satu video menunjukkan kesed1hannya mengimbau kenangan bersama arwah kerana tidak dapat lagi raya bersama, ternyata meruntun jiwa warga maya.

Bercakap kepada mStar, gadis yang menjalani latihan industri di Kuantan, Pahang ini berkongsi kisah perjalanan kekasihnya menghidap peny4kit kanser sehingga menghembuskan nafas terakhir.

“Saya mula kenal arw4h pada 2018. Saya suka arw4h sebab cara dia layan saya sama macam ayah layan mama. Arwah sangat penyabar, lemah lembut tutur katanya dan tak pernah meninggi suara. Saya berharap ada masa depan dengan dia sampaikan waktu menunaikan umrah pada 2019, saya sebut namanya dalam doa agar dia jadi suami saya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebelum arwah disahkan menghidap peny4kit kanser pada September 2021, dia mula mengadu sakit perut macam ada benda keras sejak Julai lagi. Dia terpaksa berulang-alik ke klinik dan hospital di Kuantan.

“Tahun lepas memang ujian yang sangat berat untuk arw4h. Mak, ayah dan adik-adiknya positif Covid-19. Masa ni masih ketat SOP jadi tak boleh melawat dia di hospital. Arw4h uruskan pembed4han dia semua sendiri.

“Lepas dia keluar dari hospital dan PKP pun dah habis, saya selalu ajak keluar. Dia kata dia takut tak ada masa dan dah tak larat nanti nak luangkan dengan saya kalau dah mula sesi kemoterapi. Masa ni dia banyak termenung dan asyik cakap pasal mati,” ujar Putri.

pakwe kanser kolon 2

Menurut Putri, berat badan kekasihnya turun mendadak disebabkan oleh sesi kemoterapi.

Put yang menetap di Kuantan, Pahang itu memberitahu, berat badan Shahrul mulai susut setelah menjalani sesi kemoterapi pada Oktober tahun lalu.

Apa yang lebih meny4yat hati apabila jejaka berkenaan dijemput Ilahi pada 2 Disember tahun lalu.

pakwe kanser kolon 3

Kekasih Putri meninggal dunia selepas seminggu menjalani kemoterapi ketiga.

“Lepas sesi kemoterapi pertama, berat badan arw4h memang makin menurun. Sesi kedua arw4h pada November pun lagi kurus tapi saya tak update pasal arwah di media sosial ketika itu.

“Arwah susah nak tidur sampaikan badan jadi penat sebab tak cukup rehat. Sehari sebelum sesi kemoterapi ketiga tu hari lahir arwah, tapi dia tak larat sangat nak buat apa-apa sebab tak tidur.

Saya suka arw4h sebab cara dia layan saya sama macam ayah layan mama. Arwah sangat penyabar, lemah lembut tutur katanya dan tak pernah meninggi suara.

PUTRI

“Dia kurus sangat sampai nampak tulang. Saya sed1h sangat tengok dia terpaksa tanggung semua derita ni. Arw4h men1nggal dunia seminggu selepas itu,” ujar Putri dengan nada sebak.

Susulan videonya menangis di tepi kubur arwah kekasih, dia menerima banyak mesej positif daripada warganet.

pakwe kanser kolon 4

Kenangan… Putri dan arwah memakai baju raya sedondon pada hari raya 2021.

Jelas Putri, dia bagaimanapun tidak menyangka 2021 merupakan tahun terakhir dia dan arwah beraya bersama, dan berasa terkilan setiap kali mengingatinya.

“Raya tahun lepas (2021), kami nak ‘matching’ pakai baju sama. Itulah first dan last matching baju dengan dia. Sebenarnya tema raya famili dia warna hitam, manakala keluarga saya pula pink. Dia sanggup beli baju pink saat akhir demi saya.

“Masa di rumah arw4h, dia pakai warna hitam. Bila pergi beraya rumah saya, dia tukar pink dengan baju tak gosok. Arw4h datang ke rumah saya pun sekejap je sebab kawan-kawan dia tunggu kat rumah dia. Tak sangka itu kali terakhir saya beraya dengan arw4h,” kata Putri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Gadis titip doa di Tanah Suci agar dijodohkan, kekasih der1ta k4nser usus dijemput Ilahi… Baju raya tak gosok jadi kenangan terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*