Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Guna ‘binti Abdullah’, Sekali Netizen Dapat Selongkar Biodata Anak Halim Othman

PENDEDAHAN pelakon dan pengacara Myra Natasya bahawa dia anak tunggal kepada Halim Othman mengundang pelbagai spekulasi berkaitan hal rumahtangga penyampai radio itu.

Lebih menjadi tanda tanya apabila biodata Myra, 27, yang sebelum ini menyertai pertandingan Dewi Remaja 2019/2020 tertulis nama sebenar Yusmyra Natasya Abdullah tersebar dan menjadi bualan netizen.

Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Myra berkata, ibunya Yusnita Omar, 47, berkahwin dengan Halim, 56, di Thailand pada 1994 dan dia dilahirkan pada 1995.

Bagaimanapun menurut Myra, ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian.

Myra Natasya guna ‘binti Abdullah’… Rupa-rupanya menikah di Thailand

“Mengenai nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah… saya menggunakan ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di Thailand.

Myra merupakan anak tunggal kepada bekas penyampai radio Halim Othman.

“Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang ‘public figure’ iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun.

“Dia tidak mahu cerita sebab masa itu dia baru cerai dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu untuk cerita perkara yang bukan tentang kerjaya” ujarnya kepada mStar.

Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang ‘public figure’ iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun

Difahamkan perkahwinan Halim dan Yusnita tidak didaftarkan di Malaysia.

Dalam pada itu ditanya mengapa mengambil masa yang lama mendedahkan hal itu, Myra berkata bapanya tidak mahu dia menggunakan jalan pintas untuk membina nama.

Namun, selepas beberapa kali membuat permintaan, Myra syukur Halim akhirnya bersetuju untuk membuka rahsia yang dipendam selama 27 tahun itu.

Myra merupakan Finalis Pencarian Dewi Remaja 2019.

“Ini masa terbaik untuk memberitahu perkara itu, kalau dulu semasa saya berada dalam pertandingan pasti ada yang beranggapan saya ingin menumpang glamor atau guna cable.

“Saya umumkan sekarang sebab mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan saya rasa tak elok andai harus terus berpura-pura.

“Saya pernah tanya kepada bapa jika orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu… dia kata okey cakap jelah. Saya terus rasa terharu dan menangis kerana itu bukan pertama kali saya minta kebenaran dia… mungkin kali ke 18.

“Mungkin sebab bulan Ramadan, hati dia akhirnya terbuka untuk berkongsi,” ujarnya.

 

Halim akhirnya terbuka hati

Sementara itu, pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, turut mengulas berhubung keterbukaan hatinya untuk membenarkan anak tunggal itu mendedahkan status sebenar pertalian di antara mereka.

Halim berkata, sekarang anak perempuan kesayangannya itu juga sudah matang dan pada masa sama semakin rancak membina nama sebagai seorang selebriti di atas usahanya sendiri.

” Ini adalah masanya yang tepat. Sebelum ini saya tak mahu dia terikut sekali jadi selebriti. Saya mahu dia beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.

” Jadi, tak mengapalah untuk dia bercakap tentang kami sekarang. Lagipun, selama ini saya cukup berpegang dengan prinsip diri, seboleh-bolehnya saya tidak gemar kisah peribadi diceritakan kepada umum.

” Terutamanya, apabila ia juga membabitkan ‘privacy’ orang lain. Myra pula membesar dalam jagaan ibunya. Jadi, saya harus hormati ‘privacy’ ibu kepada anak saya juga,” katanya ekslusif kepada HarianMetro.

Menurut bekas pengacara Roda Impian itu, dia juga berasa adalah lebih baik tidak mendedahkan anaknya kepada dunia seni ketika usia muda.

Katanya, dia memang inginkan Myra fokus kepada pelajaran tanpa sebarang gangguan.

” Apapun, saya sangat bangga dengannya. Dia melakukannya 100 peratus sendiri! Saya cuma ada berikan tip juga pada dia mengenai uji bakat dan pengacaraan. Bagaimanapun, perkara utama saya ingatkan dia jaga kesihatan.

” Mungkin dalam beberapa tahun ini banyak tawaran yang datang untuk dia majukan diri. Tapi, saya ingatkan dia kena tahu yang ada masa kerja keras, ada masa ‘slow down’ termasuk belajar agar dia benar-benar boleh menikmati apa yang dilakukannya.

” Harapan saya kepada Myra, semoga dia nikmati perjalanan ini dengan merendah diri, sentiasa ingin belajar dan meningkatkan kualiti persembahan, serta tidak lupa membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap minggu dan kurangkan gosip,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan bekas peserta Dewi Remaja 2019, Yusmyra Natasya atau Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republik Gombak di TV3 adalah anak tunggal Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

Komen netizen: “Selama Ini Kita Ingat Dia Bujang”- Netizen Terkejut, Rupanya Halim Othman Pernah Berkahwin

Berikut Sedikit Info Dan Biodata Myra Natasha

1. Nama lahirnya, Yusmyra Natasha binti Abdullah.

2. Ingin dikenali sebagai Myra Natasha atau Myra yang juga merupakan nama komersialnya.

3. Berusia 24 tahun (2019).

4. Berasal dari Kuala Lumpur.

5. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @nananattasya sehingga kini sudah mengumpul lebih 4,000 pengikut.

Fakta Menarik

Boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih.

Pernah mencuba nasib dalam ujibakat Dewi Remaja tahun lalu, namun gagal berada dalam kalangan Top 20. Tahun ini rezeki berpihak kepadanya apabila terus mara sebagai peserta Top 12.

Bekas atlet cheerleading kebangsaan.

Masih menceburi secara aktif dalam bidang ‘cheerleading’ yang mana beliau turut mempunyai akademi cheerleading sendiri bernama Elite Cheer Academy.

Bertugas sebagai jurulatih cheer di beberapa buah sekolah di dalam negara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

kredit: mstar

 

Be the first to comment on "Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Guna ‘binti Abdullah’, Sekali Netizen Dapat Selongkar Biodata Anak Halim Othman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*