“Lebih 10 Tak Boleh” – Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yang Rayu Cef Ammar Hadkan Jualan? B1mbang Kalau…

Selepas tular berkenaan harga makanan yang dijual dikatakan ‘cekik darah’, tukang masak viral, Chef Ammar Ali sekali lagi menjadi sorotan di media sosial berkenaan rasa tidak pu4s hati pelanggannya.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Muhamad Bukhari, dia telah memuat naik satu video seorang lelaki yang dikatakan berasa ber4ng kerana tidak dapat membeli Nasi Arab kerana telah habis.

Meroy4n tak dapat beli Nasi Arab

Dalam rakaman video itu lagi, lelaki berkenaan telah bertemu dengan Chef Ammar dan memaklumkan yang dia sudah beratur lama namun tidak dapat membeli juadah tersebut memandangkan pembeli sebelumnya sudah memborong dalam kuantiti yang banyak.

@mrbukhari46 isu di bazaar stadium shah alam . kedai cheff ammar. #fypシ #fypシ゚viral #chefammarbazzarramadan ♬ original sound – Muhamad Bukhari

Dapat didengar yang lelaki itu menyarankan kepada tukang masak berasal dari Palestin tersebut untuk memberi limit kepada pembeli agar orang lain dapat membeli serta merasai sama Nasi Arab istimewa itu.

Perkongsian video berkenaan telah ditonton lebih dari dua juta viewers kurang dari sehari ia dimuat naik. Dapat dilihat juga yang Chef Ammar cuba menenangkan lelaki itu dan memberikan penjelasan walaupun dia sendiri seperti dalam keadaan letih.

Banyak betul duga4n Chef Ammar berniaga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas berkenaan isu tersebut. Kebanyakkan daripada mereka berasa kelvhan lelaki itu tidak wajar kerana dia tidak mempunyai hak untuk menyekat pembelian orang lain.

Mereka juga merasakan yang hal remeh ini tidak perlu dilayan kerana konsep ‘siapa cepat dia dapat’ perlulah diamalkan kerana ia melibatkan pembelian di bazar Ramadan.

Baru-baru ini, perniagaan Chef Ammar di Bazar Ramadan Shah Alam menjadi perhatian ramai selepas ada pihak mendakwa Nasi Arab yang dijual berharga ‘Tel Aviv’.

Perkara itu membuatkan tukang masak tersebut sedikit emosi dan menjelaskan harga tersebut berpatutan dengan barang yang digunakan kerana menggunakan bahan-bahan berkualiti serta proses pembuatannya yang khusus.

 

 

Sumber : Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : RK

 

Be the first to comment on "“Lebih 10 Tak Boleh” – Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yang Rayu Cef Ammar Hadkan Jualan? B1mbang Kalau…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*