May4t Bayi Berusia 4 Bulan Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah, Pasangan Kekasih Ditahan

Seorang penghuni sebuah kondominium terkejut menemui may4t seorang bayi di hadapan tempat pembuangan sampah kawasan kediamannya di Bandar Baru Klang, semalam.

Men1nggal dunia dalam tempoh 24 jam

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, bilik gerakan menerima panggilan daripada lelaki itu pada jam 3.05 petang memaklumkan menjumpai seorang bayi tidak bernyawa.

Pemeriksaan ke atas bayi tersebut mendapati sudah tidak bernyawa dan bayi berusia anggaran empat bulan itu didapati men1nggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Susulan itu, pihak polis melancarkan operasi mengesan svspek yang bertanggungjawab membuang bayi yang tidak berdosa itu.

Pasangan kekasih berjaya ditahan


Foto: FreeMalaysiaToday

Hasil daripada maklumat, polis berjaya menahan seorang perempuan warga asing dan teman lelaki warga tempatan di sekitar tempat kejadian kira-kira jam 6.30 petang.

Kedua-dua svspek berusia 30-an dan 40-an itu sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pasangan kekasih itu akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah tahanan reman bagi meneruskan siasatan dalam kes bu4ng bayi tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "May4t Bayi Berusia 4 Bulan Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah, Pasangan Kekasih Ditahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*