Dih1na m4ndul rakan sendiri! Pengasuh reda, tumpang kasih anak asuhan… Netizen doa Allah hadirkan nyawa dalam rahim sendiri

MEMILIKI zuriat semestinya menjadi idaman pasangan yang sudah berumah tangga.

Mana tidaknya, anak-anak dikatakan penyeri kepada kehidupan bahagia suami isteri.

Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki memilikinya di usia awal perkahwinan malah ada yang berjaya menimang zuriat ketika usia perkahwinan melangkau belasan tahun.

Sama ada lambat atau cepat, rezeki kurniaan Allah itu adalah pasti dan manusia tidak sewajarnya menghvkum dan mencel4 pasangan yang tidak memperoleh.

Berkongsi kisah kepada mStar, Noorezwani Abdul Halit, 31, berkata, dia pernah dicemvh dan dilabel sebagai m4ndul hanya kerana tidak berjaya mendapatkan zuriat dalam tempoh tujuh tahun perkahwinannya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Menurutnya, perkara yang paling menyed1hkan apabila kata-kata tersebut keluar daripada mulut rakan sendiri.

Malah katanya, dia turut disind1r oleh rakan yang baru mendirikan rumah tangga tetapi sudah mempunyai anak.

“Kawan-kawan sendiri sind1r kata dia baru berkahwin dah ‘lekat’ sedangkan saya dan suami sudah lama kahwin tetapi tidak ada lagi (anak). Ada juga yang kata saya m4ndul,” luahnya sayu.

Masa terluang sering dihabiskan bersama.

Pasangan ini sering menghabiskan masa terluang bersama.

Menurut pasangan kepada Muhammad Fazli itu lagi, dia dan suaminya sudah berikhtiar sebaik mungkin bagi mendapatkan zuriat termasuk rawatan IUI.

IUI atau lebih dikenali sebagai intrauterine insemination iaitu kaedah rawatan kesuburan atau prosedur fertility yang digunakan untuk menghantar sp3rma secara terus ke serv1ks atau rahim dengan harapan untuk hamil.

“Sebelum ini saya ada cuba berurut dan berubat kampung tapi masih belum ada rezeki lagi. Pernah juga saya berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pada masa tu, doktor sahkan saya ada PCOS kerana ha1d saya tidak teratur dan dia sarankan saya untuk turunkan berat badan bagi memudahkan kehamilan

“Rawatan IUI pula dua kali… IUI pertama bulan Oktober 2020 manakala rawatan kedua pada Oktober 2021,” ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 3 April 2015.

Perkahwinan didirikan pada 3 April 2015.

Perkahwinan didirikan pada 3 April 2015.

Tambah anak kelahiran Ipoh Perak itu, sepanjang tempoh perkahwinan, dia pernah h4mil dan gvgur sebanyak tiga kali dan kali terakhir adalah awal tahun lepas.

Bercerita lanjut, ujarnya, pertama kali dia disahkan h4mil adalah pada 2016 iaitu kira-kira setahun perkahwinannya dan kali kedua adalah pada 2017.

Namun, sehingga kini mereka berdua reda kerana belum dikurniakan rezeki dan hanya mampu menumpang kasih anak asuhan yang masih kecil.

Anak asuhan lain pun semua rapat tapi yang ni special sikit… dia tumpang kasih dengan saya dan suami, kami pun tumpang kasih dengan dia.

NOOREZWANI

Cerita wanita yang mesra dipanggil Wanie ini lagi, sejak mendirikan rumah tangga, dia mengambil upah sebagai pengasuh dan sangat gembira menjaga kanak-kanak sehingga kesemuanya menjadi rapat dengannya dan suami.

“Saya mula mengasuh dari tahun pertama kahwin. Ramai yang saya mengasuh dan kebanyakannya sudah bersekolah, yang terkini adalah kanak-kanak berusia 1 tahun 2 bulan… saya mengasuh dia dari lepas pantang.

“Anak asuhan lain pun semua rapat tapi yang ni special sikit sebab mak ayah dia dah berp1sah. Jadi dia tumpang kasih dengan saya dan suami, kami pun tumpang kasih dengan dia,” jelasnya.

Perkongsiannya di laman TikTok membuatkan warganet yang menonton berasa s4yu dan rata-ratanya mendoakan kedua-dua mereka beroleh zuriat.

Rata-rata netizen mendoakan Wanie dan suaminya memperoleh zuriat.

Rata-rata netizen mendoakan Wanie dan suaminya memperoleh zuriat.

“Untung anak asuhan ni dapat pengasuh suami isteri layan (dia) macam anak sendiri. Semoga awak dan pasangan dikurniakan zuriat.”

“Saya dulu pun tumpang kasih anak orang. Anak mengasuh pun rapat dengan saya, kemana-mana masa kecil dia ikut… Kemudian dapat juga rezeki selepas 10 tahun (berkahwin).”

“Insya-Allah berkat mengasuh anak orang macam anak sendiri, Allah angkat doa supaya dapat rezeki menjadi ibu juga suatu hari nanti.”

Video dengan kapsyen tujuh tahun dan hashtag ‘pejuang dua garis’ itu ditonton lebih 101,300 pelayar TikTok selepas dikongsikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Dih1na m4ndul rakan sendiri! Pengasuh reda, tumpang kasih anak asuhan… Netizen doa Allah hadirkan nyawa dalam rahim sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*