Umum h4mil 8 bulan, Anzalna Nasir bakal timang anak kedua Aidilfitri nanti

Nama pelakon Anzalna Nasir rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun sekarang lebih memilih untuk menguruskan keluarga terlebih dahulu, namun ia bukan penghalang untuknya kekal berinteraksi dengan para peminat menerusi media sosial.

Sejak melahirkan anak pertama, Mohamad Eidrees, pelakon ini dilihat jarang menghiasi kaca televisyen dengan drama-drama terbaru kerana mahu melihat putera sulungnya membesar di depan mata.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Dalam diam rupanya pelakon yang kini telah berhijab sedang sarat h4mil anak kedua dan perkara itu dimaklumkan oleh Anzalna sendiri menerusi posting di Instagramnnya.

Menurutnya lagi, bersempena dengan bulan mulia ini, dia ingin memberi tahu khabar gembira bahawa Eidrees akan mendapat adik baru pada Syawal nanti memandangkan dia sedang hamil 8 bulan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Isteri kepada Hanif Zaki ini turut memohon doa agar urusan melahirkan anak kedua nanti dipermudah dan mereka diberi kesihatan yang baik sehingga selesai proses kelahiran.

Sudah tentu perkongsian ‘mengejvtkan’ dari Anzalna ini menerima ribuan ucapan tahniah daripada rakan artis, kenalan dan juga para peminat.

Masing-masing teruja dengan khabar baik ini dan mendoakan agar urusan Anzalna dan keluarga dipermudahkan.

 

Untuk makluman, Anzalna dan suami, Hanif Zaki telah selamat melangsungkan pernikahan pada Februari 2016. Selepas lebih 3 tahun berumah tangga, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun.

 

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Ohmymedia

 

Be the first to comment on "Umum h4mil 8 bulan, Anzalna Nasir bakal timang anak kedua Aidilfitri nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*