Berjur4i air mata panggilan “mak” tak bersahut, rupa-rupanya sudah 7 bulan ibu tiada… Wanita ini tak pernah ‘skip’ ziarah rumah arw4h

TIADA lagi kelibat sosok wanita tua yang duduk di kerusi roda sambil dibelai anak-anak yang setia menjaga tanpa sedikit pun keluhan.

Lebih seb4k, rumah yang menjadi tempat adik-beradik membesar dan berkumpul ibarat hilang serinya selepas pemergian insan yang bernama ibu.

Video yang dikongsi wanita ini di media sosial saat dia menziarahi rumah arw4h ibunya, benar-benar menggamit rasa s4yu warganet lebih-lebih lagi disulami lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu dendangan Uji Rashid.

Lebih seb4k apabila kedengaran wanita berkenaan memanggil dan mencari-cari ibunya yang sudah tiada, tanda rindu yang tak berpenghujung.

Menurut wanita bernama Nor Hidayah Johari, ibunya Hawa Yang men1nggal dunia pada September tahun lalu selepas empat hari dirawat di hospital kerana dijangkiti C0v!d-19.

Sungguhpun tujuh bulan telah berlalu, namun semuanya masih jelas dalam ingatan Nor Hidayah saat pemergian arw4h ibu.

“Kami adik-beradik bergilir jaga mak, dia tak boleh berjalan sejak dua tahun lalu. Arwah ayah dah men1nggal pada 2016. Ogos tahun lalu, sepatutnya giliran saya yang jaga selepas kakak sulung.

“Tapi pada 31 Ogos, saya ambil dos kedua vaksin. Mak suruh saya berehat dulu, takut saya tak larat nak jaga dia. Dua hari kemudian, kakak sulung call sambil men4ngis beritahu suaminya positif C0v!d-19.

mak 1

Nor Hidayah dan adik-beradiknya akan mengemas rumah arwah ibu mereka bergilir-gilir.

“Masa tu memang ris4u sangat-sangat dekat mak sebab dia ada mas4lah paru-paru, selain sak1t kaki. Nak dijadikan cerita, oksigen mak menurun dan kakak terus call ambulans. Mak dikejarkan ke Hospital Teluk Intan,” cerita wanita berusia 34 tahun ini.

Tambah Nor Hidayah, dia dan adik-beradiknya tidak senang hati menantikan perkembangan daripada ibu mereka memandangkan tiada sesiapa dibenarkan untuk menemani, tambahan pula ibunya tidak mempunyai telefon bimbit.

“Saya duduk dekat Teluk Intan juga, jadi saya beli sebuah telefon bimbit, minta pengawal keselamatan tolong beri kepada mak. Hari kedua mak di hospital, baru dapat cakap dengan mak.

mak 4

Video yang sempat diambil dari jauh pada hari pengebumian arwah ibunya.

“Hari ketiga, mak tunjuk perkembangan positif. Dia berselera makan, boleh bersembang macam biasa. Tapi masa tu mak sempat pesan, kalau dia tak ada, dia minta kami adik-beradik selalu berkumpul di rumah mak.

“Hari keempat, kami tak dapat call. Mujur petang tu dapat buat video call. Masa tu mak nak buka topeng oksigen dia seolah-olah nak bercakap sesuatu kepada kami.

“Awal pagi hari kelima iaitu Khamis, dalam pukul 3 pagi, doktor beritahu mak dah tak ada,” ceritanya dalam nada seb4k.

Nor Hidayah yang merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik berkata, apa yang membuatkan mereka sed1h dan terk1lan adalah kerana tidak dapat menyempurnakan jen4zah ibu kesayangan.

Walaupun sed1h, kami puas kerana sempat berbakti, dapat jaga sepenuhnya sejak dia jatvh sak1t dan tak boleh berjalan.

NOR HIDAYAH JOHARI

“Memang sed1h sangat… namun apabila nurse beritahu, mak ‘pergi’ dalam keadaan yang baik iaitu saat genggam erat telekung, ia jadi pengubat hati.

“Walaupun sed1h, kami puas kerana sempat berbakti, dapat jaga sepenuhnya sejak dia jatvh sak1t dan tak boleh berjalan.

“Cuma Ramadan tahun ini tak seperti sebelumnya. Dulu rutin saya setiap hari akan bangun pukul 4 pagi, bersihkan dan siapkan mak untuk sahur, solat Subuh dan berpuasa.

“Saya tak boleh tengok bilik khas dia di rumah saya. Masih terasa seperti dia ada, teringat momen mandikan dia, gosok kakinya dan siapkan dia,” ujarnya lagi.

mak 3

Nor Hidayah (dua, kanan) bergilir-gilir dengan adik beradiknya untuk menjaga ibu mereka.

Nor Hidayah berkata dia dan adik beradiknya tidak pernah gagal untuk pergi ke rumah peninggalan arw4h ibu mereka secara bergilir-gilir, sebagaimana yang diamanatkan sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhir.

“Tak ada siapa duduk di rumah mak tapi kami tetap datang gilir-gilir untuk kemas, siram pokok bunga dan berkumpul adik-beradik. Kami nak tunaikan seperti amanat arw4h.

“Memang air mata sentiasa tumpah kalau masuk rumah mak. Buka pintu, nampak seolah-olah dia ada dekat dapur, dekat tempat dia selalu duduk. Rumah sentiasa kemas macam ada orang. Kami pasang alunan ayat suci al-Quran 24 jam, sebagaimana masa mak masih ada.

“Apabila ziarah ke kuvurnya, masih tak percaya yang mak dah tiada,” ceritanya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih sehingga lebih 600,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Nor Hidayah berkata dia turut terharu apabila membaca komen daripada netizen.

mak 2

Pemergian si ibu cukup memberi kesan kepada Nor Hidayah dan keluarganya.

“Ada yang cakap terima kasih sebab ingatkannya, kerana lambat laun semua akan rasa momen seperti video itu.

“Salah satu komen menyentvh hati saya, apabila ada yang kata dia guna Google Map untuk tengok rumah pusaka peninggalan ibu bapanya. Saya bersyukur sebab saya masih boleh datang ke rumah mak untuk lepas rindu.

“Ada juga yang komen, mereka tak kenal pun mak tapi men4ngis teresak-esak selepas tengok video tu.

“Saya mohon pada anak-anak yang masih ada ibu dan ayah, hargai mereka, ciptalah momen yang akan buat kita ingat sampai bila-bila. Tak lupa, terima kasih kerana mendoakan mak dan sedekahkan Al-Fatihah,” akhirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Berjur4i air mata panggilan “mak” tak bersahut, rupa-rupanya sudah 7 bulan ibu tiada… Wanita ini tak pernah ‘skip’ ziarah rumah arw4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*