[VIDEO]Zul Ariffin Bar1ng Atas Paha Ruhainies – ‘Cakap Salah, Tak Cakap Salah’ Netizen Pesan Jaga Batas

Nama aktor kacak, Zul Ariffin masih menjadi bualan ramai selepas memuat naik video memaparkan beberapa adegan ‘pan4s’ bersama pelakon baru, Siti Hariesa. Rentetan daripada klip video tersebut, ramai pihak tampil memberikan respon berhubung isu berkenaan yang disifatkan berc4nggah dengan tuntutan agama serta budaya hidup masyarakat di Malaysia.

 

 

Terbaru, sebuah video pendek dikongsi seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Fyzalbabjan mencvri perhatian ramai memaparkan aksi ‘manja’ Zul Ariffin bersama pelakon jelita, Ruhainies. Video tersebut memaparkan pelakon Sangkar yang baring di atas paha Ruhainies dan turut disaksikan oleh beberapa orang yang lain.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sempat memberikan peringatan kepada mereka berikutan masih tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah dan perlu menjaga batas sebagai seorang Muslim. Bukan itu sahaja, netizen sempat berteka-teki sama ada mereka sudah berkahwin atau pun tidak.

 

Terdahulu, Ruhainies berkongsi video mengenakan busana Bollywood dan memakai inai serta berlari sambil diikuti oleh jejaka misteri dari belakang. Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa jejaka misteri itu adalah Zul Ariffin berikutan sosok tubuh badan yang tinggi dan ‘sado’.

 

Bukan itu sahaja, pelakon Menantu Bilal menjelaskan permohonan maaf yang dibuat oleh Zul Ariffin sebelum ini merupakan jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan susulan klip video yang tular sebelum ini.

 

 

Respon Netizen

 

 

Sumber: Fyzalbabjan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "[VIDEO]Zul Ariffin Bar1ng Atas Paha Ruhainies – ‘Cakap Salah, Tak Cakap Salah’ Netizen Pesan Jaga Batas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*