Meski Kini Hidup Harmoni Bersama Madu, Zarina Zainuddin Akui Poligami Banyak Cab4ran – “Permulaannya Memang Kita…”

Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi pendapat serta pengalamannya yang kini menjalani kehidupan berpoligami dalam rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar.

Zarina berkata, pol1gami bukan hanya sekadar berkongsi kasih sayang seorang suami semata-mata.

“Bagi saya, apabila kita bercakap tentang berkongsi kasih ini sebenarnya bukan hanya sekadar berkongsi. Tetapi ia lebih kepada untuk kita menjaga antara satu sama lain,” katanya.

Ketika fasa awal perkahwinan, Zarina mengakui dia kurang memahami sikap serta pendirian suaminya yang terlalu menyayangi isteri pertamanya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.

“Bila kita nak merebut kasih sayang dari seseorang, apa yang saya lihat pada diri suami saya dia sangat mengasihi isterinya. Ketika di permulaan perkahwinan saya dulu ada sedikit gagal sebab saya tidak berjaya untuk memahami suami saya sebelum ini.

“Apabila saya masuk dalam hidup dia, pada ketika itu dia sudah memiliki segala-galanya dan susah senang dia bersama dengan isteri pertama.

“Jadi mesti isteri pertama akan rasa macam apa yang kita nak sebenarnya daripada dia (suami). Bila kita kurang memahami, lama-kelamaan saya pun mula belajar untuk memahami bahawa suami saya amat menyayangi isterinya.

“Oleh itu, saya kena cvri hati isteri dia, belajar menyayangi isteri dia lama-lama suami akan bukakan pintu hati dia untuk kita,” katanya lagi.

 

 

Meski kini hidup bahagia dan harmoni bersama, Zarina tidak menafikan untuk berkongsi kasih dengan suami orang bukan satu perkara yang mudah dan harus berdepan pelbagai cabaran.

“Dalam poligami ni, pada permulaannya memang kita tidak akan dapat benda yang betul-betul indah. Kita kena lalui, tempuh dengan pelbagai cabaran, perbalahan dan sebagainya.

“Kita kena terima untuk lalui benda yang pahit dulu baru benda yang manis itu kita akan dapat,” luahnya lagi.

 

 

 

Pelakon berusia 51 tahun ini telah berkongsi hal tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat.

Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.

 

 

Foto: Instagram Zarina Zainuddin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "Meski Kini Hidup Harmoni Bersama Madu, Zarina Zainuddin Akui Poligami Banyak Cab4ran – “Permulaannya Memang Kita…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*