Shaza Bae pasrah didukvng Nadhir Nasar, rasa kelakar baca komen kec4man netizen

PERKONGSIAN video di TikTok Shaza Bae memperlihatkan aktres itu didukvng oleh aktor Nadhir Nasar mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Nadhir dan Shaza yang turut disamakan dengan isu aktor Zul Ariffin melakonkan babak pan4s.

Terbuka menerima kecaman dan krit1kan netizen, Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 26, menjelaskan dia hanya ingin berkongsi rakaman di sebalik penggambaran babak tersebut.

Shaza 1

Antara komen yang kec4m Shaza dan Nadhir.

“Saya dan Nadhir ada membaca komen-komen netizen yang kec4m kami. Tapi tak jangka orang akan m4rah sebab saya hanya nak tunjuk behind the scene saja.

“Bagi saya, video itu jauh sekali dengan isu Zul Ariffin. Saya terbuka dan terima semua komen krit1kan dan kec4man. Kami tak ada rasa sed1h atau rasa apa-apa.

“Cuma kami rasa kelakar apabila baca semua komen sebab tak jangka orang akan respons begitu,” kata Shaza ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Video Nadhir mendukvng Shaza sehingga ‘off camera’ itu merupakan rakaman di sebalik tabir salah satu babak drama lakonan mereka berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta.

Saya pun tak ada keberanian nak buat adegan panas yang melampau.

SHAZA BAE

PELAKON

Menerusi kapsyen di perkongsian tersebut, Shaza memberitahu babak Nadhir mendukvngnya tidak terdapat di dalam skrip.

Menurut Juara Dewi Remaja 2019/2020 itu, Nadhir menambah baik babak tersebut bagi menjiwai wataknya dan ia juga diterima oleh pengarah drama tersebut.

Bagaimanapun, Shaza menjelaskan biarpun dia terbuka untuk melakonkan babak seperti itu namun tetap mempunyai batasan dalam lakonannya.

“Ikutkan sebelum ini pun ada juga babak angkat macam itu. Memang dalam skrip tak ada pun babak Nadhir angkat saya tapi dia improvise berdasarkan apa yang dia rasa.

Shaza 2

Shaza tiada keberanian untuk lakonkan aksi p4nas.

“Pengarah pun okay dengan babak itu. Tiada pun aksi yang melampaui batas. Kalau ada babak yang saya tak selesa, saya akan beritahu terus kepada pengarah.

“Saya tak ada keberanian nak buat adegan pan4s yang melampau. Lagipun, saya baru setahun jagung dalam industri. Banyak benda saya nak explore tapi tetap ada batasan,” ujarnya.

Selain Shaza dan Nadhir, drama yang ditayangkan di Astro Ria bermula 3 April depan turut dibintangi oleh Emma Maembong dan Fikry Ibrahim.

@shazabae Dah pukul sweet sweet pula. Psycho.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Shaza Bae pasrah didukvng Nadhir Nasar, rasa kelakar baca komen kec4man netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*