Mesej bapa ambil kereta sebelum terjvn jambatan

 

BERA – Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Felda Triang 1 di sini dikhuatiri lem4s selepas dipercayai terjvn ke dalam Sungai Pahang dari Jambatan Guai kelmarin tidak menunjukkan sebarang sikap pelik sebelum kejadian.

Bapa m4ngsa, Jamaludin Awang Hassan, 59, berkata, m4ngsa hanya memaklumkan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp agar mengambil kereta yang diletakkan di atas jambatan berkenaan.

“Dia langsung tidak menunjukkan sikap-sikap pelik. Malam sebelum kejadian, dia tolong saya uli tepung untuk buat roti canai sebagai persiapan berniaga keesokan harinya.

“Esoknya, dia ada mesej saya bagitahu hendak keluar rumah. Lebih kurang 45 minit lepas tu, dia mesej lagi cakap suruh ambil kereta dekat jambatan Kuala Triang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, dia cuba bertanya samada kereta rosak namun tiada jawapan sehinggalah dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya apabila kereta milik anaknya tersebar menerusi grup WhatsApp.

Sehingga kini m4ngsa Mohd. Ibrahim Suhaimi yang dikhuatiri lem4s  selepas dipercayai terjvn dari Jambatan Guai ke dalam Sungai Pahang kira-kira pukul 4.00 petang kelmarin masih belum ditemukan.

Menurut Jamaludin dia berharap agar anaknya itu segera ditemui memandangkan sudah lebih 24 jam mangsa h1lang.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada pukul 6 petang semalam sebelum disambung hari ini.

Menurutnya, semalam semua anggota bomba termasuk anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung melakukan operasi SAR dalam radius 12 kilometer bermula dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Pasukan skuba bomba turut melakukan pencarian dengan menyelam di tiga lokasi berbeza. Operasi SAR juga dilakukan tanpa henti di sepanjang 12 kilometer sehingga ke Kampung Kuala Bera,”ujarnya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Kosmo

 

Be the first to comment on "Mesej bapa ambil kereta sebelum terjvn jambatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*