PKRC Pasir Gudang mohon bantuan

Johor Bahru: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Pasir Gudang merayu sumbangan termasuk bekalan makanan kering serta keperluan termasuk pelitup muka, buat pesakit yang menerima rawatan di situ.

Bilik Gerakan PKRC berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan, terdapat 952 pesakit lelaki, wanita dan kanak-kanak dirawat di situ, ketika ini.

PKRC Pasir Gudang yang beroperasi Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sudah menerima 12,579 pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua sejak diaktifkan 10 Februari lalu.

Menurut kenyataan berkenaan, orang ramai, pertubuhan atau syarikat korporat dialu-alukan bagi menyumbang pelbagai bentuk sumbangan terutama makanan kering, pelitup muka dan barangan berkaitan.

“Pelbagai bentuk sumbangan terutama makanan kering adalah amat dialu-alukan.

“Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pihak berminat menyumbang boleh menghubungi Bilik Gerakan PKRC Pasir Gudang di talian 07-2567279 atau 07-2560149 untuk keterangan lanjut,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Johor mempunyai tiga PKRC iaitu PKRC Pasir Gudang dan PKRC Olive B Hospital Permai serta sebuah PKRC kendalian swasta iaitu DB Kompleks Iskandar Puteri.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "PKRC Pasir Gudang mohon bantuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*