Pengurusan kedai mohon maaf, janji perbaiki sistem gerobok rezeki

Johor Bahru: Tindakan pengurusan kedai runcit yang melarang sebahagian komuniti bagi mengambil barangan di gerobok rezeki di Taman Universiti, Skudai, di sini, menimbulkan pelbagai reaksi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu dan didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi media sosial.

Beliau berkata, pengurusan kedai didapati mempamerkan notis melarang komuniti tertentu bagi mendapatkan barangan di gerobok rezeki buat sementara waktu.

Menurutnya, hasil maklumat mendapati pengurusan kedai mengambil tindakan itu kerana terdapat keluarga mengambil barangan dalam kuantiti yang banyak.

Katanya, difahamkan terdapat dua keluarga mengambil barang dua hingga tiga kali seminggu menyebabkan pengurusan terpaksa meletakkan notis bagi memberi ruang kepada rakan kongsi kedai bermesyuarat untuk menambahbaik aktiviti amal itu.

“Pengurusan kedai sudah menurunkan notis, memohon maaf atas larangan berkenaan dan berjanji akan menambahbaik sistem gerobok rezeki supaya sumbangan sampai kepada keluarga kurang berkemampuan.

“Diharap isu berkenaan tidak diperbesarkan demi kesejahteraan ramai dan aktiviti beramal jariah seumpama berkenaan seharusnya diteruskan.

“Inisiatif dan konsep pengurusan kedai yang murni untuk kembalikan sebahagian keuntungan kepada masyarakat amat dihargai dan saya juga menghargai keprihatinan Persatuan Ikhlas Negeri Johor yang mengetengahkan isu berkenaan,” katanya menerusi sesi bual bicara secara langsung di Facebook (FB) hari ini.

Hadir sama, wakil pengurusan kedai runcit, Azmy Abdul Aziz dan Pengerusi Persatuan Ikhlas Negeri Johor, George Wilson.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber: HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Pengurusan kedai mohon maaf, janji perbaiki sistem gerobok rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*