Makhluk asing didakwa akan mendarat di Bumi pada 2022

LONDON – Seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya  pengembara masa, meramalkan bahawa makhluk asing setinggi 213 sentimeter bakal mendarat di Bumi, Mei tahun depan, lapor akhbar The Sun semalam.

Pengguna TikTok yang menggunakan akaun @Futuretimetraveller itu berkata, tarikh sebenar ketibaan makhluk asing itu adalah pada 24 Mei 2022.

“Berdasarkan masa saya, terdapat banyak makhluk asing daripada pelbagai jenis akan hidup di sini sebagai penduduk Bumi pada masa depan,” katanya.

Individu yang mendakwa dirinya datang dari masa depan itu turut menamakan kumpulan makhluk asing itu sebagai ‘Nirons’ yang akan tiba secara aman.

“Amerika Syarikat (AS) akan menyerang makhluk asing tersebut serta memulakan ‘perang antara dimensi’,” ujarnya.

Video yang dimuat naik itu dikongsi lebih 90,000 kali dan menerima lebih daripada 2,300 tanda suka setakat ini.

“Dakwaan luar biasa memerlukan bukti yang luar biasa,” komen seorang pengguna. – AGENSI 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : kosmo

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Makhluk asing didakwa akan mendarat di Bumi pada 2022"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*