Wanita, anak lima tahun pakai gelang ‘pink’ maut

Kuala Lumpur: Wanita warga India dan anak perempuannya yang berusia lima tahun, masing-masing memakai gelang merah jambu tanda kuarantin Covid-19, ditemui meninggal dunia di Taman Tenaga, Salak Selatan di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada 5.59 petang dan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 38 tahun dan anaknya, dipercayai terjun dari bangunan.

“Pegawai perubatan hadir ke tempat kejadian mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia dan pemeriksaan ke atas tubuh badan mendapati terdapat kecederaan di kepala.

“Siasatan awal juga tidak menemui unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Annas berkata, suami mangsa sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang kerana positif wabak itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Wanita, anak lima tahun pakai gelang ‘pink’ maut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*