Wilayah Persekutuan benar solat Jumaat, fardu di semua masjid, surau mulai esok

Kuala Lumpur: Solat Jumaat dan fardu akan dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, mulai esok termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seramai 300 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan.

“Untuk lapan masjid pusat zon, 100 jemaah dibenarkan membabitkan enam masjid di ibu negara iaitu Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong; Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Setapak; Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Maluri; Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju; Masjid Al-Muaqarrabin, Bandar Tasek Selatan dan Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru.

“Dua lagi masjid pusat zon ialah Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya dan Masjid Jamek An-Nur, Labuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, bagi masjid kariah dan surau Jumaat, dibenarkan 50 jemaah manakala surau yang dibenarkan kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat, seramai 40 jemaah dibenarkan.

Sementara itu, bilangan jemaah di surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya 12 jemaah dibenarkan.

Bagi solat fardu di kawasan PKP, Mohd Ajib berkata seramai 100 jemaah dibenarkan mendirikan solat di Masjid Wilayah Persekutuan.

“Untuk lapan masjid pusat zon, seramai 50 jemaah dibenarkan dan bagi masjid kariah dan surau Jumaat, seramai 30 jemaah dibenarkan.

“Bilangan jemaah untuk solat fardu di surau yang dibenarkan kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat pula adalah seramai 20 orang,” katanya.

Katanya, bilangan jemaah solat fardu di surau Jumaat PPR dan PA DBKL serta semua surau pula, seramai 12 orang dibenarkan.

Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Mohd Ajib berkata solat fardu dibenarkan terhad kepada tiga orang sahaja di semua masjid, surau Jumaat dan surau, manakala solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber :  HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Wilayah Persekutuan benar solat Jumaat, fardu di semua masjid, surau mulai esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*