Peniaga tersentuh, panggilan daripada bos Cina dan India membolehkan ramai orang tak kira bangsa dapat makanan free – “Dia niat nak buat lagi 10 sumbangan”

KETIKA ramai yang terkesan dan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat segelintir golongan yang menerima impak positif susulan pelaksanaan itu.

Begitulah yang dialami seorang peniaga apabila gerai nasi lemak dan roti canai yang diusahakannya di tepi jalan di Puchong, Selangor, masih laku keras.

Kisah peniaga tu dikongsi seorang guru di halaman Facebook Shahid Ibnu Ahmad.

Peniaga berusia 49 tahun itu, Muhamad Farid Ahmad berkata, dia sebelum ini mengusahakan kantin pejabat di Petaling Jaya, selama beberapa tahun tetapi menghentikan operasi berikutan ramai kakitangan di syarikat itu bekerja dari rumah akibat p4ndemik C0vid-19.

sedekah nasi lemak 3

Gerai tepi jalan yang diusahakan Farid.

“Saya kemudian buka gerai nasi lemak dan roti canai sejak akhir tahun lalu. Sebelum berniaga di kantin pejabat pun saya buka gerai di tepi jalan jual macam-macam seperti laksa dan cendol.

“Alhamdulillah ramai pelanggan datang membeli kerana makan di restoran masih tidak dibenarkan. Tak ada kesan sebab gerai dibuka di tepi jalan, mereka datang beli dan bungkus,” katanya kepada mStar mengenai gerainya yang dibuka seawal 6.30 pagi setiap hari kecuali Isnin.

Minggu lalu, Farid berkata, dia dihubungi seorang majikan berbangsa India di tempat kerja lama yang menawarkan diri untuk membantu mereka dalam kesusahan ketika PKP.

“Saya kenal bos ni dah bertahun-tahun semasa berniaga kantin. Dia pemurah orangnya, selalu beri sumbangan pada tabung buat surau dan tabung anak yatim yang letak di kantin.

“Minggu lepas dia contact saya tanya macam mana nak bantu orang susah dan terputus bekalan makanan masa PKP ni. Jadi saya cadangkan untuk tolong penduduk di PPR (Projek Perumahan Rakyat) di Puchong,” ujarnya yang berasal dari Sik, Kedah.

sedekah nasi lemak 6

Sumbangan kepada penduduk PPR.

Mengulas lanjut, katanya, majikan berusia 50-an itu memberi bantuan dengan meminta dia memasak sebanyak 100 bekas makanan kepada penduduk di PPR dan menu yang diagihkan adalah bihun goreng, kue tiau goreng dan mi goreng dengan masing-masing disertakan telur goreng.

“Saya jumpa wakil penduduk di PPR dan menyalurkan makanan sumbangan bos tu kepada penduduk-penduduk yang susah tanpa mengira bangsa,” katanya yang berpengalaman berniaga selama hampir 15 tahun.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia turut dihubungi seorang kenalan lelaki berbangsa Cina keesokan hari yang menyuarakan hasrat sama untuk membantu golongan susah.

sedekah nasi lemak 4

Antara makanan yang disumbangkan, termasuk nasi lemak.

“Dia merupakan pemilik bengkel di mana saya selalu hantar kereta untuk dibaiki. Orangnya peramah dan selalu melayan pelanggannya dengan baik.

“Dia pun tanya macam mana nak bantu orang masa PKP ni. Saya ada cerita pasal bos India tu, jadi sebanyak 100 bungkus nasi lemak diletakkan di atas meja di luar bengkelnya, siapa lalu boleh je ambil secara percuma… dia sedekah,” katanya.

Sekarang ni tak kira bangsa atau agama apa pun, semuanya terkesan. Sebenarnya tak perlu ada duit yang banyak pun, yang penting niat kita untuk menolong sesama insan.

FARID

Tidak terhenti setakat itu, kata Farid, pengusaha bengkel berusia pertengahan 40-an itu sekali lagi meneruskan sumbangan tambahan dengan 100 bungkus nasi lemak pada minggu ini.

“Semalam (Isnin), sebanyak 100 bungkus nasi lemak disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim di Puchong, pusat kebajikan yang saya juga selalu beri sedekah sebelum ini.

“Bos Cina itu ada beritahu saya yang dia berniat nak buat 10 lagi sumbangan untuk masyarakat yang susah, cuma belum ditetapkan lokasinya lagi,” tambahnya.

sedekah nasi lemak 1

Farid (kanan) ketika menyerahkan sumbangan kepada wakil rumah anak-anak yatim.

Kemuliaan hati dua kenalan berlainan bangsa itu ternyata membuatkan dirinya tersentuh ketika ramai yang berdepan kesulitan akibat pandemik Covid-19.

“Macam mereka, bila ada duit yang banyak dan prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi masyarakat pasti akan terfikir untuk memberikan bantuan.

“Sekarang ni tak kira bangsa atau agama apa pun, semuanya terkesan. Sebenarnya tak perlu ada duit yang banyak pun, yang penting niat kita untuk menolong sesama insan,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Peniaga tersentuh, panggilan daripada bos Cina dan India membolehkan ramai orang tak kira bangsa dapat makanan free – “Dia niat nak buat lagi 10 sumbangan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*