Ismail Sabri Dilantik Sebagai TPM, Hishammuddin Kini Menteri Kanan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Rabu petang.

Menurut kenyataan itu, Ismail Sabri dilantik memegang portfolio itu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu menguruskan pentadbiran negara.

“Perdana Menteri telah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

“Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini, ” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya YB Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ismail Sabri Dilantik Sebagai TPM, Hishammuddin Kini Menteri Kanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*