‘Umi selalu cakap tak sabar nak balik…’

Pendang: “Umi selalu cakap nak balik tapi saya pujuk dia, tak lama lagi boleh balik, tak lama cuma empat hari lagi tapi akhirnya dia pergi awal pagi tadi selepas kritikal akibat jangkitan Covid-19,” kata Nur Suha Safwa Md Diasa, 26.

Nur Suha berkata, arwah ibunya, Najemi Pak Wan, 59, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pada jam 5.10 pagi tadi.

Katanya, ketika ibunya masih sedarkan diri, mereka kerap membuat panggilan video sebelum keadaannya kritikal Khamis lalu.

“Arwah sebelum ini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) selama hampir dua minggu sebelum menyambung rawatan di HSB, Rabu lalu disebabkan masalah buah pinggang yang dialaminya.

“Tapi tak sangka dia terkena jangkitan Covid-19 menyebabkan kami sekeluarga terkejut namun berharap supaya Umi akan sembuh sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nur Suha berkata, ibunya sebelum ini tiada sebarang simptom dijangkiti Covid-19 cuma sejak Khamis lalu dia mengalami sesak nafas dan diberi bantuan oksigen.

Katanya, namun Allah lebih sayangkannya apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

“Walaupun terkilan kerana tidak dapat jaga Umi ketika akhir hayatnya namun saya dan keluarga reda dengan pemergiannya walaupun Umi tak pernah sentuh apa-apa tetapi terjangkit daripada orang lain,” katanya yang menetap di Taman Setia, di sini.

Menurutnya, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pekan Pendang pada jam 11.40 pagi tadi.

Katanya, bapanya sudah meninggal dunia kini ibunya pula meninggal dunia dan dia serta tiga beradik kini yatim piatu.

“Covid-19 tu memang wujud dan apa yang berlaku pada Umi perlu dijadikan pengajaran kerana ia boleh terjangkit dari individu lain.

“Kami sekeluarga doakan supaya roh Umi tenang di sana,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "‘Umi selalu cakap tak sabar nak balik…’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*