Selepas MuhyiddinYassin Umum ICitra, Sekali Najib bagi idea mcm mana skim ini boleh ditambah baik

Kuala Lumpur: Bagi meringankan b.eban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terje.jas ak.ibat P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP), KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 j.uta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM 5,000 dengan kadar bayaran tetap RM 1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM 30 b.ilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di laman web kwsp mulai 15 Julai depan, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan E.konomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

Susulan pengumuman PM tersebut, Najib tampil dalam facebook beliau mengulas dan memberi cadangan bagaimana skim ini dapat di tambah baik

“Saya amat bersyukur kepada kerajaan PN dan pihak KWSP untuk membenarkan pengeluaran melalui skim i-Citra (yang gantikan skim i-Sinar dan i-Lestari).

Mengikut pengumuman PM8, permohonan bagi skim ini akan bermula pada 15 Julai dan bayaran pertama sebanyak RM1k hanya akan dibayar pada bulan Ogos.

Perlu ingat bahawa sekiranya bayaran pertama RM1k ini dibuat pada 1 Ogos 2021, pemohon terdesak sudah bertahan selama 2 bulan 21 hari sejak PKP 3.0 seluruh negara bermula pada 12 Mei.

Saya percaya ramai akan mempunyai tunggakan komitmen yang lebih besar apabila sampai tarikh 1 Ogos sebab sudah berkurung hampir 3 bulan tanpa pendapatan atau dengan pendapatan yang berkurang,

Jadi, adakah bayaran pertama RM1k hanya pada bulan Ogos akan memenuhi keperluan serta tunggakan komitmen bagi mereka yang sudah berkurung hampir 3 bulan?

Harap skim ini boleh ditambah baik dengan menukar bayaran RM1k X 5 bulan ke:

– Julai: RM2k

– Ogos: RM2k

– September: RM1k

Apapun, jumlah bagi bayaran pertama perlu lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya sebab sudah wujudnya tunggakan.

Saya cadang begini, memandangkan:

– sistem pengeluaran yang diguna pakai bagi i-Lestari/i-Sinar sudah ada. Elya pun sudah ada untuk memulakan permohonan (harap tanpa syarat) minggu depan dan bukan pada 15 Julai.

– aliran tunai dari caruman bulanan baharu yang diterima KWSP sekitar RM10 bilion sebulan sudah mencukupi untuk membiayai pengeluaran i-Citra tanpa menjual aset atau bon KWSP.

– Kebanyakan sektor dijangka dibuka semula pada bulan September/Oktober di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara dan keperluan untuk bergantung pada pengeluaran KWSP akan berkurang masa itu.

Patut juga pertimbangkan untuk naikkan pengeluaran maksima bagi golongan M40 yang mempunyai baki simpanan KWSP melebihi RM100k dari RM5k ke RM10k sebab komitmen bulanan golongan M40 biasanya lebih tinggi berbanding golongan B40.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP”

KWSP Tampil Dengan Kenyataan

Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan untuk memb.antu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pa.ndemik dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani c abaran kesan daripada P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di laman web mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikr.editkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga mak.simum RM 5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM 1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM 50.

Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Au.thorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

I-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi memb.antu ahli menghadapi c.abaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

Walaupun KWSP tetap komited untuk memb.antu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi memb.antu ahli dalam menghadapi pandem1k ini.

Kredit : HM/KWSP

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber:limauasamboi

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Selepas MuhyiddinYassin Umum ICitra, Sekali Najib bagi idea mcm mana skim ini boleh ditambah baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*