Ebit Lew masih belum dapat masuk Gaza

Kuala Lumpur: Rombongan pendakwah Ustaz Ebit Lew yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum dapat masuk ke Semenanjung Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman berkata, bantuan daripada rombongan itu juga belum dapat dibawa masuk ke kawasan itu.

Bagaimanapun, Nadir yang dihubungi hari ini tidak mengulas lanjut mengapa usaha pendakwah terbabit masih gagal masuk ke Gaza.

Sebelum ini, banyak pihak tertanya-tanya mengenai perkembangan misi bantuan kemanusiaan itu selepas Ebit Lew dan kemudiannya dilaporkan Wisma Putra sedang mendapatkan perkembangan terkini pendakwah terbabit.

Bagaimanapun, Wisma Putra pada 12 Jun lalu mengesahkan Ebit Lew dan delegasinya berada dalam keadaan baik dan dipercayai masih meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ebit Lew dilaporkan berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat s3rangan Isr4el pada 25 Mei lalu.

Sementara itu, Nadir berkata, bandar Gaza kini masih menunggu pembangunan semula kerana terdapat infrastruktur di bandar itu belum di baiki.

Menurutnya, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan semua kementerian yang terbabit bagi memulakan kerja baik pulih.

“Terdapat infrastruktur yang masih belum dibaiki dan kini dalam proses menunggu untuk pembangunan semula.

“Pihak CGM tidak menunggu sesiapa untuk menjalankan kerja, kami boleh meneruskan kerja (baik-pulih),” katanya.

Awal pagi hari ini, Isr4el melancarkan ser4ngan udara di Semenanjung Gaza dengan mend4kwa ia sebagai tindak balas terhadap tindakan pejuang wilayah itu menghantar belon 4pi ke selatan Isr4el.

Tent3ra Udara Isr4el menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.

Ia adalah ser4ngan terbaharu r3jim Zi0nis di Semenanjung Gaza sejak Isr4el dan pejuang Ham4s bersetuju untuk g3ncatan senj4ta pada 21 Mei lalu susulan ser4ngan 11 hari tentera Isr4el di wilayah berkenaan yang menyaksikan lebih 260 penduduk Pal3stin terbvnuh.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Ebit Lew masih belum dapat masuk Gaza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*